Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masih berusaha untuk mecari jalan penyelesaian agar skuad Red Giant boleh beraksi pada waktu malam dalam pertandingan Liga Super 2018.
Bagi FAS, beraksi dalam perlawanan di sebelah malam akan lebih memudahkan penyokong Selangor untuk hadir memberi sokongan kepada pasukan merah kuning.
Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Usahasa Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam mengesahkan bahawa Selangor akan menggunakan Stadium Selayang sebagai ‘venue’ tuan rumah.
Bagaimanapun skuad bimbingan P. Maniam itu terpaksa beraksi di sebelah petang, disebabkan lampu limpah stadium yang tidak menepati piawaian badan penganjur bola sepak negara.
FMLLP turut perlu mengatur jadual perlawanan membabitkan perlawanan di Stadium Selayang, disebabkan UKM FC dan juga Kuantan FA turut memilih stadium berkenaan sebagai venue masing-masing.
Walaupun demikian, FMLLP membenarkan FAS untuk mencari stadium lain yang difikirkan sesuai untuk kegunaan aksi pada waktu malam.
Sehubungan dengan itu, pengurus pasukan Selangor yang juga merupakan Naib Presiden FAS, class=”tmm_fname”>Datuk Abdul Rauf Ahmad telah mengesahkan pihak FAS telah mendapat lampu hijau daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menggunakan stadium tersebut
Pengurus pasukan Selangor Datuk Rauf komen perkembangan terkini Isu Stadium.Macam mana reaksi penyokong Selangor pula.Kalau Shah Alam tak boleh nak main Selayang ke Cheras? pic.twitter.com/C3ibtO3DaT
— LabolaMalaya (@Labola_Malaya) January 25, 2018
Oleh yang demikian, pihak FAS telah menghantar surat kepada pihak FMLLP untuk tujuan pertimbangan daripada badan penganjur tersebut.
Bekenaan penggunaan Stadium Shah Alam, Datuk Rauf turut mengesahkan pihak FAS sudah menghantar surat untuk memohon menggunakan stadium terbabit untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2018.
Namun demikian, FAS tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak berwajib, sekaligus terpaksa mencari alternatif lain sebagai gelanggang rasmi untuk didaftarkan sebagai halaman sendiri.
Selain daripada Stadium Selayang, Datuk Rauf menjelaskan FAS hanya mempunyai dua pilihan lain, iaitu Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi dan juga Stadium KLFA, Cheras untuk kegunaan pada sebelah malam.
Datuk Rauf dipetik berkata sedemikian ketika diajukan soalan oleh Labola Malaya dalam satu bual bicara.