FA Sarawak Heret Bekas SU Agung, Razali Dolhan Kepada SPRM

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengesahkan satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan salah laku pecah amanah membabitkan bekas Setiausaha Agung persatuan itu, Razali Dolhan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi persatuan tersebut, laporan tersebut dibuat sendiri oleh Presiden FAS, Dato’ Posa Bin Haji Majais di pejabat SPRM cawangan Kuching, yang terletak di Jalan Laksamana Cheng Ho pada jam 9 pagi tadi.

Razali Dolhan (kanan sekali) bersama Presiden FAS, Dato Posa Majais. Kredit foto: Stadium Astro

Beliau turut dikatakan membawa bersama bukti-bukti transaksi membabitkan lima kesalahan pecah amanah pada tahun 2017 yang melibatkan dana berjumlah lebih setengah juta.

Selain daripada bekas Setiausaha Agung, Razali turut pernah menjawat jawatan Naib Presiden FAS jawatan Exco di dalam FAS.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak FAS sudah lama bersabar terhadap Razali Dolhan dan demi menjaga maruah Razali dan keluarga, FAS tidak mengambil apa-apa tindakan sebelum ini.

Namun setelah berulang kali menemukan skandal pecah amanah yang dilakukan oleh beliau, pihak FAS terpaksa bertindak demi masa depan Persatuan Bolasepak Sarawak.

“Dato Posa Majais tidak mahu skandal seperti ini berlaku lagi di dalam FAS dan mahu FAS bebas daripada individu yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi terhadap persatuan. Menurutnya lagi, gejala seperti ini amat memberi kesan negatif kepada persatuan dan Beliau mahu sesiapa yang berkhidmat hanya fokus untuk membangunkan sukan bolasepak Sarawak yang tercinta,” ujar kenyataan itu lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN