FA Penang Cari Calon Presiden Baharu Yang Berkelayakan

FA Penang

Perletakan Jawatan Presiden Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Tahir Jalaluddin Hussain bulan lalu telah membuka ruang kepada mana-mana individu yang berminat untuk memimpin persatuan tersebut.

Naib Presidennya, Mohd Azizuddin Mohd Shariff berkata kepada Sinar Harian, surat peletakan jawatan telah diterima dan disahkan Ahli Majlis FAP.

Menurut Azizuddin, FAP sedang menghadapi masalah kewangan yang kritikal dan amat berharap individu yang berminat dapat menyediakan dana kewangan kukuh bagi operasi pasukan Pulau Pinang untuk tahun ini dan akan datang.

“Sekali lagi kami mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk tampil menerajui FAP. Jika individu berkenaan mahu membawa pasukan pengurusan sendiri ke dalam persatuan ini juga kami tidak akan menghalang.

“FAP kini ibarat kapal yang sudah tenggelam namun mujur kerajaan negeri masih lagi menyalurkan bantuan kewangan hampir RM400,000 sebulan dan FAP masih lagi perlu mencari kira-kira RM500,000 untuk kos operasi bulanan,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Difahamkan persatuan itu setakat ini masih gagal mendapatkan tajaan dari badan korporat mahupun swasta.

Jelasnya, beliau berharap individu mahupun pihak yang mempunyai hasrat untuk mengambil alih pengurusan persatuan perlu tampil segera untuk menyelamatkan keadaan terutamanya pasukan Liga Perdana Pulau Pinang.

“Jika ada pihak mahu menguruskan sendiri FAP selepas ini kami bersedia untuk memberi laluan dan langkah ini terpaksa dilakukan demi memastikan bola sepak Pulau Pinang terus ada dalam saingan Liga Malaysia,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN