Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) telah mengeluarkan amaran kepada mana-mana pemilik akaun Facebook yang ingin mengeluarkan kata-kata kesat atau mencuba mencetuskan provokasi berbaur perkauman di laman rasmi milik persatuan itu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di FA Penang sebentar tadi, pihak admin telah sebulat suara akan mengambil tindakan kepada akaun si pelaku tidak mengira sebarang kompromi sama sekali.
FAP menulis; “Admin-admin page telah sebulat suara bersetuju dimana sesiapa sahaja mengunakan kata-kata kesat dan kata-kata yang berbaur perkauman akan diambil tindakan. Tiada kompromi sama sekali.”
Selamat tengahari Pulau Pinang.
Admin-admin page telah sebulat suara bersetuju dimana sesiapa sahaja yang menggunakkan kata-kata kesat dan kata-kata yang berbaur perkauman akan diambil tindakan. Tiada kompromi… https://t.co/Xdw9kCdljb
— Penang FC (@Penang_FC) December 29, 2018
Bagaimanapun, FAP memberi alasan tujuan tindakan itu dilakukan atas beberapa faktor.
“Ini adalah kerana kanak-kanak, remaja, dan orang luar turut dapat membaca komen anda semua di page (FA Penang) ini. Kami menerima kritikan dengan hati yang terbuka, dan berharap dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan penyokong.”
Nafi akan (Block/ban) akaun pengguna
Dalam pada itu, FAP menafikan tuduhan dari sesetengah pihak yang mendakwa bahawa admin page akan menyekat akaun pengguna apabila memberikan memberi kritikan mengenai pasukan.
“Kami ingin menafikan yang admin-admin page akan “Block/Ban” atau juga menyekat komen “Emoji” seperti yang diperkatakan di media sosial yang lain.”
“Kami sentiasa menghargai kritikan membina dan berterima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada pasukan.”
“Demi Pulau Pinang, “Bahasa melambangkan Bangsa”.
Pelbagai spekulasi melanda kem bola sepak Pulau Pinang sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga mengundang pelbagai kritikan dari para penyokong setia mereka.