FA Norway Luluskan Cadangan Gaji Sama Rata Pemain Kebangsaan Lelaki Dan Wanita

FA Norway setuju untuk memberikan gaji yang sama kepada pemain bola sepak lelaki dan wanita yang mewakili skuad kebangsaan.

Langkah ini disokong oleh pemain-pemain lelaki mereka yang juga bersetuju untuk menerima pemotongan gaji demi memberikan sokongan kepada usul ini.

FA Norway kini menggandakan angka perbelanjaan untuk pemain wanita mereka. Dariapda £296,000 kepada £574,000.

Mereka sememangnya berterima kasih dengan sumbangan daripada sebahagian gaji daripada pasukan lelaki mereka. FA Norway dalam kenyataan rasmi mereka berkata:

“Norway adalah negara yang menjunjung prinsip kesamarataan. Ia penting untuk kita dan juga untuk sukan di negara ini.”

Beberapa negara sebelum ini, persatuan pemain bola sepak wanita telah memperjuangkan isu ini. Di Amerika Syarikat, isu ini disuarakan oleh pemain yang pernah bermain di sana seperti Marta dan Alex Morgan.

Mereka kecewa dengan jurang gaji di antara lelaki dan wanita yang terlalu jauh. Soal kebajikan juga sangat jauh bezanya. Kontrak untuk pemain wanita tidak cukup terjamin seperti pemain lelaki.

Baru-baru ini, pasukan wanita Denmark enggan turun dalam perlawanan persahabatan menentang Belanda sebagai bantahan kepada gaji dan kebajikan mereka yang dipandang sebelah mata oleh pengurusan.

Di Ireland, pemain-pemain wanita mereka merungut kerana diarahkan berkongsi pakaian trek dan juga jersi yang dikongsi dengan pemain remaja mereka.

Ada satu perlawanan, pemain-pemain senior mereka menunggu di dalam tandas untuk bertukar jersi dengan pemain remaja yang baru tamat perlawanan.

Di Denmark, ianya sedang hangat dibincangkan. Manakala di Amerika Syarikat mereka menyatakan mereka sedang dalam proses penambahbaikan dari masa ke semasa.

Pemain kebangsaan Norway, Caroline Graham Hansen mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain lelaki yang membantu pihak FA Norway dalam usaha menyamaratakan gaji pemain

FA Norway juga yakin apa yang lebih penting dalam dasar mereka kali ini adalah, rasa hormat berbanding isu wang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN