FA England Laksanakan Peraturan Pertukaran Ke-4 Dalam Piala FA 2016/17

Badan yang bertanggungjawab dalam menggubal undang-undang bolasepak dunia, International Football Association Board (IFAB) sebelum ini pernah mengesyorkan peraturan pertukaran ke-4 pada masa tambahan 30 minit (selepas 90 minit).

Perlaksanaannya masih belum diwajibkan lagi. Namun, IFAB menggambarkan peraturan ini mungkin akan diaplikasi dan diwajibkan dalam mana mana kejohanan bolasepak yang tertakluk di bawah FIFA pada suatu hari nanti.

Piala FA Emirates 2016/17 Akan Guna Format Ini!

Terbaru, FA England dalam kenyataan rasmi mereka yang disiarkan di laman sesawang FA England mengesahkan akan menggunakan peraturan pertukaran ke-4 untuk perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan 30 minit.

98707940-pardew-clattenburg-SPORT-xlarge_trans++Rbhc5V7kUtrB_UgV-vALC2KCXJxmx4kMIA4Bn-wEggM

Format ini pernah digunakan dalam kejohanan Copa America Centenario yang lalu. Namun di liga utama Eropah, nampak gayanya, England akan menjadi yang terawal menggunakan sistem pertukaran 4 pemain pada masa tambahan ini.

emirates-fa-cup-on-stand-on-pitch

Bila Peraturan Ini Akan Diaktifkan?

Pasukan yang terlibat dalam pusingan suku akhir dan seterusnya akan dibenarkan untuk menggunakan pemain gantian keempat pada masa tambahan dalam usaha untuk mengurangkan masalah kehausan dan keletihan yang melampau.

Setiap pasukan akan menggunakan 3 pertukaran daripada 7 pemain di bangku simpanan untuk temph 90 minit pertama. Sebaik sahaja masuk ke masa tambahan 30 minit, maka peraturan ini akan diaktifkan.

Format Ini Akan Mencetuskan Lebih Banyak Drama

Ketua Eksekutif FA England, Martin Glenn berkata;

“FA Cup terkenal dengan sejarah dan tradisi, tetapi sebagai badan yang menyelia pertandingan, ia adalah penting untuk FA(England) mahukan lebih banyak drama dalam pertandingan yang diikuti oleh berjuta-juta peminat di seluruh dunia, ”

fa-chief-executive-martin-glenn-soccerex_3348697

“Piala FA akan menggunakan format kalah mati dari peringkat suku akhir dan seterusnya. Pengenalan pertukaran keempat dalam masa tambahan akan memberikan banyak kebaikan dan menjadikan perlawanan lebih menarik.”

“Selain itu, dari sudut teknikalnya pula, ia akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana pengurus memanfaatkan peluang melalui pertukaran tambahan dalam perlawanan kejohanan besar sebegini, dan impaknya kepada keputusan akhir.”

maxresdefault

“Kami juga mengambil kira isu kebajikan pemain dan jumlah perlawanan yang banyak bagi mereka yang bermain di peringkat elit.”

Piala FA akah bermula 5 Ogos ini dengan 184 perlawanan pusingan awal pada hujung minggu. Secara keseluruhannya, ada 736 kelab akan bersaing dalam Piala FA musim ini.

Baca juga: Football League Association Mahu Ajar Pemain Biadap!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN