FA England Cadang Jendela Perpindahan Dibuka Ogos Hingga Oktober

FA England EPL

Persatuan Bola Sepak England (FA) kini sedang berbincang untuk menangguhkan tempoh perpindahan domestik kepada Ogos hingga Oktober, dan cuba untuk menyelaraskannya dengan semua liga di Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Perdana Inggeris (EPL) Richard Masters sebelum ini telah pun mengingatkan semua pasukan liga itu untuk tidak menandatangani mana-mana pemain sebelum 25 Julai sehingga kempen 2019/20 berakhir.

Bagaimanapun menurut laporan dari Sky Sports, langkah itu tidak selaras dengan kebenaran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang membenarkan persatuan bola sepak untuk berurusan jual beli pemain sebelum musim ini berakhir di bawah peraturan baharu yang dikeluarkan.

Badan induk bola sepak dunia itu turut mengumumkan setiap pemain dibenarkan untuk berdaftar dan bermain dengan tiga kelab dalam musim yang sama berbanding hanya dua kelab dalam peraturan sebelum ini.

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) akan membukan pintu perpindahan domestik mereka pda Isnin ini memandangkan liga di negara itu telah pun ditamatkan ekoran pandemik COVID-19, tetapi mereka mungkin akan mengikut saranan England untuk perpindahan antarabangsa.

Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) sudah pun mengesahkan, pintu perpindahan di Itali akan berlangsung pada 1 September hingga 5 Oktober dengan saingan Serie A juga dikatakan akan bersambung pada bulan ini.

FIFA telah menetapkan parameter dan menawarkan bimbingan kepada semua persatuan bola sepak negara dalam membuat perubahan peraturan perpindahan tersebut, namun setiap ahli gabungan mereka perlu memilih tarikh yang difikirkan sesuai untuk untuk membukan dan menutup aktiviti keluar masuk pemain di liga mereka.

Saingan EPL akan bersambung semula pada Rabu, 17 Jun ini dengan Sky Sports selaku penyiar rasmi di United Kingdom akan menyiarkan 25 perlawanan secara percuma termasuk Derbi Marseyside di antara Everton dan Liverpool.

Baca juga artikel kami yang yang lein mengenai Liga Perdana Inggeris:

https://semuanyabola.com/epl-bakal-kembali-masih-tertakluk-kepada-persetujuan-kerajaan/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN