Manchester United menempah tiket ke pusingans keempat FA Cup menentang Middlesbrough selepas jaringan melalui tandukan Scott McTominay pada minit ke-8 perlawanan cukup untuk menewaskan Aston Villa di Old Trafford.
McTominay dibenarkan berlari bebas tanpa dicabar ke arah kotak penalti Villa, dan dengan selesa menanduk masuk hantaran sempurna Fred untuk menewaskan Emiliano Martinez di hadapan gawang.
Ralf Rangnick 1-0 Steven Gerrard
Manchester United are through to the fourth round of the FA Cup ✅ pic.twitter.com/nTb0DCBFF3
— GOAL (@goal) January 10, 2022
Gol tunggal perlawanan tersebut sekali gus mengalu-alukan Steven Gerrard ke Old Trafford buat kali pertama sebagai pengurus dengan kekalahan.
Bekas pemain antarabangsa England itu menjadi sasaran penonton yang hadir sepanjang perlawanan kerana perkaitan beliau dengan Liverpool.
Sukar untuk Gerrard dan Villa
Keputusan perlawanan dianggap amat mengecewakan buat Gerrard dan anak buahnya di Old Trafford.
Dia kali dalam tempoh selang minit pada babak kedua perlawanan Villa berjaya membocori gawang United, namun kedua-duanya dibatalkan.
🔴 He's @ManUtd's main man at the moment 🤩@mctominay10 like a prime number 9️⃣ in the box 😅#EmiratesFACup pic.twitter.com/atWV9WCISe
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) January 10, 2022
Jaringan kedua sememangnya jelas disebabkan kedudukan Danny Ings yang offsaid, walaupun pembantu pengadil tidak mengangkat bendera di tepi padang sehingga bola dijaringkan oleh Ollie Watkins.
Another frustrating day for Steven Gerrard against Manchester United 😐 pic.twitter.com/pjjJ4jLQc4
— B/R Football (@brfootball) January 10, 2022
Namun gol pertama yang dibatalkan boleh menjadi perdebatan selepas melibatkan campurtangan VAR yang agak lama untuk menunggu pengadil perlawanan, Michael Oliver memberi kata putus.
Akhirnya Jacob Ramsey dipersalahkan kerana berada di dalam kedudukan offsaid dan Edinson Cavani turut dikasari ketika gerakan tersebut dilakukan Villa.
Rekod buruk Villa
Rekod buruk Villa di pertandingan ini kini berterusan. Kali terakhir mereka memenangi perlawanan pusingan ketiga FA Cup adalah pada 2016 melalui perlawanan ilangan menenyang Wycombe.
Dalam perlawanan pada awal pagii tadi John McGinn dan Emiliano Buendia berpeluang menguji David de Gea. Watkins turut berjaya menewaskan penjaga gol United itu tetapi bola terkena palang, sebelum bola muntah disia-siakan oleh Ramsey apabila percubaan susulan keluar selepas terbias kaki McTominay.
Percubaan oleh Watkins itu hadir melalui kesilapan Victor Lindelof yang digandingkan bersama Raphael Varane.
United tidak meyakinkan
Pada masa yang sama persembahan yang ditampilkan United dalam perlawanan ini juga tidak meyakinkan.
Pengendali interim, Ralf Rangnick sering bercakap bagaimana untuk mengawal perlawanan. Namun sekali lagi tiada indikasi barisan pemain kendaliannya jelas bagaimana untuk melakukannya.
Malah pasukan tuan rumah berulang kali memberikan penguasaan bola kepada lawan walaupun diberikan tekanan mudah.
Manchester United 1-0 Aston Villa FT:
Shots: 7-4
Shots on target: 5-2
Possession: 43%-57%
Corners: 6-6Ralf Rangnick's Red Devils hang on to progress to the fourth round. pic.twitter.com/4N2lnfuDwl
— Squawka Live (@Squawka_Live) January 10, 2022
Marcus Rashford turut mengecewakan, terutama tindakan beliau merembat peluang terbaik dimiliki pasukan terus ke arah Martinez dan selepas itu gagal untuk memberikan respon kepada percubaan Mason Greenwood yang gagal dihalang kemas pertahanan Villa dan bola menuju ke arah beliau.
Pada ketika beliau dikeluarkan dan digantikan dengan Jesse Lingard, Rashford dilihat seperti seorang pemain yang sudah hilang semangat.
Perlawanan ini juga membuatkan mereka yang berpendapat Cristiano Ronaldo adalah punca kepada masalah United berfikir kembali.
Ronaldo tidak beraksi dalam perlawanan ini disebabkan ‘masalah kecil’ menurut Rangnick. Tetapi tanpa bintang Portugal itu, United secara keseluruhannya hilang sengat dan fluidity yang diperlukan.