Ireland membuat kemunculan sulung dalam World Cup pada 1990. Sebelum World Cup 1990 bermula, semua orang menjangkakan Ireland akan bermain 3 perlawanan dan pulang. Malah, penyokong Ireland yang datang menyokong negara mereka di Italy pada ketika itu banyak mencipta sorakan yang berbentuk humor – termasuklah sorakan yang Ireland akan membelasah Holland 5-0.
Ireland seri ketiga-tiga perlawanan kumpulan dan mara sebagai 16 pasukan terakhir untuk bertemu Romania. Perlawanan berlanjutan sehingga penentuan penalti. Packie Bonner menyelamatkan penalti ke-5 Romania. Pada sepakan penalti ke-5 Ireland, semua orang terkejut apabila yang datang mengambilnya adalah – David O’Leary. Pertahanan tengah Ireland.
Siapa sangka David O’Leary boleh mengambil penalti seperti seorang penyerang. Ireland mara ke suku akhir sebelum tewas kepada Italy 1-0.
Kredit: Getty Images