Exco PFA Tidak Dapat Menerima Perletakan Jawatan Amizal Shaifit Sebagai Presiden

PFA

Semalam Datuk Amizal Shaifit meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA). Beliau menyatakan tindakan diambil kerana memikirkan keselamatan keluarganya.

Amizal menyatakan bahawa beliau banyak mendapat ugutan sejak kemelut yang melanda bola sepak Perlis. Amizal meminta maaf kepada penyokong Perlis dan berharap Singa Utara akan bangkit semula.

Namun begitu Exco PFA menyatakan terkejut dengan perletakan jawatan itu dan menganggap ianya tindakan tidak bertanggungjawab. Mereka mahukan Datuk Amizal Shaifit bertanggungjawab di atas beban hutang pasukan terutama sekali yang berlaku pada era pengurusan beliau.

Presiden PFA yang baharu, Datuk Ahmad Amizal Shaifit

Amizal menjadi orang penting dalam membawa nama-nama besar, bekas pemain kebangsaan ke dalam pasukan Perlis. Amizal enggan memberikan komen beliau di atas berita yang menyatakan ahli Exca PFA mahu Amizal bertanggungjawab. Ini kerana beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Dipetik dari Utusan Malaysia, Amizal berkata: “Saya tidak mahu komen tentang desakan agar saya bertanggungjawab kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.”

“Keutamaan saya masa ini adalah keselamatan keluarga. Sejak kemelut ini berlaku, sehingga semalam saya dan keluarga saya menerima ugutan – termasuk isteri, ibu bapa dan anak saya.”

Beliau berkata akan membuat laporan polis sekiranya perlu. Amizal memberitahu beliau sudah mencuba sedaya upaya menyelesaikan isu yang melanda namun gagal.

Amizal turut menyatakan sepanjang tempoh menjadi Presiden PFA, beliau telah menggunakan wang beliau sendiri untuk menguruskan pasukan termasuk ketika membawa Perlis menempuhi pra musim di Thailand.

Timbalan Presiden PFA, Mohd. Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan antara yang meluahkan ketidakpuasan hati di atas tindakan Amizal. Abdul Karim menyatakan: “Beliau harus bertanggungjawab menyelesaikan segala tunggakan gaji pemain selaras dengan perjanjian ketika beliau mengambil alih PFA pada Oktober tahun lalu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN