Satu masa dahulu, terdapat seseorang berkata, “ia adalah satu kenyataan yang cukup berani, dan sukar untuk dipertahankan.”
Bekas pemain Manchester United, Patrice Evra mendakwa bakal pemain baharu kelab itu iaitu Raphael Varane adalah jelmaan bekas rakan sepasukannya iaitu Rio Ferdinand.
Hal ini kerana, Evra berasakan corak permainan Varane adalah mirip-mirip Ferdinand.
“Saya masih ingat lagi perlawanan pertama saya [bersama Varane] ketika mewakili Perancis dan saya amat kagum dengannya.”
“Beliau amat muda ketika itu tetapi cukup bagus dengan bola, sangat pantas dan jangkaan beliau cukup sempurna.”
“Varane amat tenang ketika mengawal bola dan juga boleh menjaringkan gol,” kata Evra menerusi Daily Mail.
Ujar Evra lagi, beliau amat meminati permainan Varane sejak dari dulu lagi.
Dan padanya, United memperoleh pemain yang cukup, cukup hebat di bahagian pertahanan.
Jelas sekali, apa yang dipersembahkan oleh Varane adalah sama seperti yang dilihat oleh beliau ketika bermain dengan Ferdinan dahulu.
“Varane mengingatkan saya kepada Rio Ferdinand. Hebat ketika membawa bola, mantap ketika di udara.”
“Beliau adalah pemain pertahanan yang lengkap.”
Pengalaman luas yang ada pada Varane pastinya akan membantu United dalam misi mendominasi semula bola sepak Inggeris.
Beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan di Real Madrid di peringkat tempatan dan Eropah serta merangkul kejuaraan dunia bersama-sama Perancis pada 2018.