Evra Dibuang Padang Selepas Tendang Kepala Penyokong

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra diperintahkan keluar padang selepas bertindak menendang kepala penyokong, ketika pasukannya berdepan Vitoria Guimaraes dalam saingan Liga Europa, sebentar tadi.

Difahamkan Evra terlibat dalam perang mulut dengan sekumpulan penyokong Marseille, dari tempat duduk pemain simpanan sebelum bertindak menyepak seorang darpada mereka.

Pegawai keselamatan yang bertugas di tepi padang segera meleraikan ketegangan dan Evra, yang berada dalam senarai pemain simpanan diarahkan oleh pengadil supaya kembali ke bilik persalinan.

Menurut rakaman video, Evra cuba meninggikan kakinya untuk menendang kepala penyokong, insiden yang menyerupai tragedi Eric Cantona menyerang penyokong Crystal Palace.

Penyokong itu kelihatan mencarut dan memarahi pemain ketika berada di belakang papan iklan di Estadio D Adonso Henriques di Guimaraes.

Selepas menyerang penyokong tersebut, rakan sepasukannya cuba menenangkan Evra dan meleraikan pergaduhan yang berlaku.

Gambar : AP Luis Veira

Beliau kemudiannya diperintahkan buang padang sebelum perlawanan bermula dan terpaksa memanaskan tempat duduk sebagai penonton.

Pemain berusia 36 tahun itu dikritik hebat kerana prestasinya sepanjang musim dan hilang posisi bek kiri dalam pasukan kepada pemain pinjaman dari Aston Villa, Jordan Amavi.

Evra merupakan pemain pertama yang dibuang padang sebelum perlawanan dalam kejohanan Europa League sejak dijenamakan semula pada tahun 2009.

Pegawai UEFA mengesahkan seorang pemain simpanan Marseille dikenakan kad merah kerana insiden dengan penyokong tersebut.

Pasukan Marseille dan Evra kemungkinan akan berdepan hukuman berat daripada UEFA iaitu digantung 3 perlawanan serta jumlah denda yang tinggi.

Gambar : Getty Europe

Pemain yang berasal dari Perancis itu telah memenangi 5 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan UEFA Champions League ketika bersama Manchester United selama 8 tahun.

Beliau menyertai Marseille dari Juventus ketika musim perpindahan bulan Januari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN