“Everyday we say carpe diem”. Mungkin ada di kalangan kita yang tertanya-tanya maksud di sebalik frasa yang mengandungi perkataan latin yang terkandung di dalam lirik lagu berjudul ‘Pioneer’ ini.
Menurut www.dictionary.com ‘carpe diem’ membawa maksud ‘seize the day’ atau ‘tawan hari ini’. Ia juga membawa maksud ‘enjoy the present’ atau ‘nikmati saat ini’. Tajuk lagu tersebut, ‘Pionner’ membawa maksud perintis, atau yang pertama.
Secara harfiah, ‘carpe diem’ dan ayat ‘Everyday we say carpe diem’ di dalam lirik lagu ‘Pioneer’ membawa maksud JDT akan menguasai dan meraikan setiap hari dengan kejayaan.
Frasa dan ayat ini hanya mengisahkan sebahagian kekuatan dan jati diri yang dimiliki oleh kelab dari selatan tanah air itu. Kita akan singkap rangkap selebihnya selepas ini.
Hari bersejarah
Tanggal 17 Mac 2022 dianggap sebagai salah satu tarikh bersejarah untuk JDT. Hampir sedekad mewarnai kancah saingan Liga Malaysia – sejak 2013 – JDT kini memiliki lagu rasmi mereka sendiri.
Mungkin ada yang bertanggapan JDT bukan kelab pertama yang melakukan kolaborasi muzik untuk pasukan di saingan Liga Malaysia.
Namun perkara itu datang dan pergi; sekejap ada, sekejap tiada; dinyanyikan dan dilupakan – hilang tanpa sebarang pengertian dan kesinambungan.
PIONEERS by @SnoopDogg & @flizzow
Exclusively for Johor Darul Ta'zim FC lyrics & music video.
Watch the full video on our YouTube channel at https://t.co/rFWPdrm4Rq#Premiere#WorldwideRelease#JDTxUniversalMusic pic.twitter.com/HPvhnMoKyk
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 17, 2022
Kali ini ianya berbeza. Dan harus diakui JDT melakukannya dengan penuh gaya kerana lagu tersebut turut dinyanyikan artis ternama tempatan dan antarabangsa – hasil gabungan Joe Flizzow dan Snoop Dog – eksklusif untuk juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut.
Dicipta oleh SonaOne, penghasilan ‘Pionner’ juga melibatkan kerjasama strategik bersama Universal Music South East Asia (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA.
Difahamkan, pihak Universal Music Malaysia akan menjadi rakan kongsi pengedaran muzik eksklusif untuk single itu yang mana ia sudah boleh didapati di platform penstriman digital di seluruh dunia, mulai esok bersamaan 18 Mac 2022.
Perjalanan dan jati diri JDT
Jika diperhatikan lirik lagu ‘Pionner’ seperti di bawah, ia sebenarnya lebih daripada sekadar sebuah lagu.
Secara keseluruhan ia juga menceritakan perjalanan kelab itu sejak melalui revolusi di bawah pimpinan pemiliknya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bermula pada 2013 – selain jati diri kelab yang bermula daripada sebuah impian yang menjadi realiti.
Ayuh kita lihat dan hurai antara perkara menarik di dalam rangkap pertama lirik lagu ini.
No matter what you assume
I’m prepared for whatever approaches
I am a champion, pioneer for the future ahead
Bibit lirik di atas misalnya menceritakan bagaimana kelab ini dibina bukan sekadar untuk bergelar juara pada era ini, tetapi turut dibina untuk memiliki legasi yang dibawa untuk masa depan.
Vision without execution is just a hallucination at the most
I’m in it like JDT SN double O P bout to kick it on fresh grass
Remember that no one is interested in your story till you win and go double the bag
Grab
Bahagian ini pula menyatakan prinsip JDT yang bukan sembang kosong. Setiap perkara yang terkandung di dalam visi dan misi kelab akan dilaksanakan.
PIONEERS RELEASE & JDT-UNIVERSAL MUSIC PARTNERSHIP ANNOUNCEMENT
More photos at https://t.co/fT6aAkSbUy#Pioneers #SnoopDogg #JoeFlizzow#JDTxUniversalMusic#JustJDTDoingJDTThings#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/Eho9jVOqPv
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 17, 2022
Kejayaan JDT mendominasi bola sepak Malaysia dan mencipta nama di peringkat antarabangsa pula adalah bukti kepada kerja keras yang dilakukan oleh pihak pengurusan kelab.
All of those wins
Don’t forget those losses
Cause
They make those wins
feel better when talking
Di sebalik setiap kejayaan pada hari ini, lirik ‘Pionner’ juga mengingatkan setiap penyokong dan pendengar lagu ini akan kekalahan atau kesukaran yang pernah dilalui untuk berada pada tahap seperti yang dicapai pada hari ini.
Ini sekali gus mengingatkan setiap pihak yang memiliki kepentingan di kelab ini, baik pemain atau penyokong, mahu pun rakyat Johor sendiri sentiasa menghargai apa yang mereka miliki, iaitu kelab yang menjadi simbol kebanggaan yang menyatukan mereka.
Blood sweat pride and tears , now you chilling with some pioneers
Days to weeks, months to years
& We still be pioneers
End of the day, Kings of the Game
Your Royal Highness
LBC to JDT, you chillin with the pioneers
Bahagian chorus lagu ini pula mengisahkan bagaimana setiap pengorbanan pada masa lalu menjadikan JDT sebagai perintis dan jaguh bola sepak di negara ini. Ia juga mengenai penglibatan pemilik kelab yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kelab.
My mind is a weapon
If Time is money I ain’t wasting a dime on a second
Camouflage on , never see me in the trenches
Cameras on , see me thru the lenses
We Playin in the vortex
Can’t hear what you sayin (_hussein_), type with a bold (_bolt_) text
Annihilating defences
Secara harfiah, bibit lirik di atas pula mengisahkan mengenai mentaliti ‘no nonsense’ yang dimiliki setiap individu yang terlibat memajukan kelab.
Mereka sentiasa fokus kepada apa yang mahu dicapai dan tidak pernah membuang masa demi memastikan JDT berada di dalam kelas tersendiri.
Real talk, but they still get offended
Tireless, but we strive for perfection
Dialed in, and you see the connection
Fireworks when we Making our entrance
Gladiators in the coliseum
Bibit lirik di atas sempat mengusik lawan atau seteru JDT yang sekadar suka sembang kosong tanpa sebarang hasil.
Walaupun penat dan tidak mudah, di JDT segalanya adalah untuk mengejar kesempurnaan. Segala hasil usaha keras dianggap berbaloi apabila ada kejayaan diraikan di akhir musim, dan pemain pula ibarat pahlawan yang megah memasuki arena menjulang trofi.
Kesimpulan
Maksud lirik seperti yang ada di atas mungkin bukan pengertian keseluruhan lagu ‘Pioneer’ yang digubah oleh SonaOne. Sudah tentu pencipta lirik lebih mengerti apa yang mahu disampaikan.
Sekurang-kurangnya, anda yang membaca artikel ini mendapat sedikit sebanyak gambaran maksud di sebalik ‘Pioneer’.
Johor Darul Ta'zim FC's (JDT) Pioneers by Snoop Dogg and Joe Flizzow is now available on Apple Music and Spotify.
The Southern Tigers and Universal Music announced a collaboration and premiered the JDT themed music video at the JDT Headquarters last Thursday.
[1/2] pic.twitter.com/Lmi0HKbY8j
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 22, 2022
Kolaborasi bersama penyanyi seperti Snoop Dog dan Joe Flizzow bukan sekadar usaha untuk meletakkan JDT mendapat lebih banyak perhatian di mata dunia.
Tetapi penciptaan ‘Pioneer’ juga bertujuan mengisahkan kekentalan, perjalanan dan jati diri yang dimiliki oleh kelab ini. Itulah yang menjadikan JDT sebagai perintis atau ‘Pioneer’ dan tidak keterlaluan kita katakan menjadi muka depan bola sepak Malaysia.
Terkini, anda boleh mendapatkan ‘Pionner’ terus daripada Apple Music dan Spotify.