Everton berjaya mendapatkan pemain muda Sepanyol dari Malaga iaitu Sandro Ramirez selepas berjaya melengkapkan perpindahan tersebut baru-baru ini.
Menurut sumber di England, Everton telah membayar klausa perpindahan sebanyak £5.25 juta untuk mendapatkan Sandro dari kelab La Liga itu.
Sandro yang merupakan bekas pemain remaja Barcelona dilepaskan oleh kelab tersebut kemudiannya menyertai Malaga.
Di Malaga, beliau berjaya mencipta prestasi yang cukup baik apabila menjaringkan 14 gol dari 30 penampilan serta menyumbangkan 3 bantuan gol untuk Malaga.
Satu rekod yang baik untuk pemain berusia 21 tahun bukan?
Menurut sumber dari England juga, Sandro dijangka akan menyarung jersi bernombor 9 yang sebelum ini disarung oleh Arouna Kone.
Sebelum ini, Everton terpaksa bersaing untuk mendapatkan khidmat Sandro dengan gergasi Itali iaitu Juventus.
Sandro dikatakan memilih untuk menyertai Diego Simeone di Atletico Madrid namun sekatan perpindahan yang menimpa mereka menafikan perpindahan tersebut.
Sandro menjadi pemain ke-4 menyertai Everton pada musim ini selepas penjaga gol Jordan Pickford, bekas kapten Ajax Amsterdam Davy Klaassen dan Henry Onyekuru menyertai kelab tersebut.
- Sky Sports (2017): Everton sign Sandro Ramirez from Malaga on a five-year deal – Sky sources; http://www.skysports.com/football/news/11671/10934683/everton-sign-sandro-ramirez-from-malaga-on-a-five-year-deal