Everton Mahukan Arsene Wenger Jika Dipecat Arsenal

Kekalahan 2-1 kepada Brighton di dalam saingan Liga Perdana Inggeris, bermakna ia adalah kali pertama Arsenal kalah empat perlawanan berturut-turut di dalam tempoh 16 tahun. Ini bermakna tekanan semakin bertambah buat Arsene Wenger.

Seperti kebiasaan, banner ‘Wenger Out’ mulai dipaparkan. Dan di Stadium Amex, sebahagian daripada penyokong Arsenal yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut turut meluahkan perkara yang sama, bahawasanya Wenger harus pergi meninggalkan Arsenaal.

Arsenal fans hold up banners in protest against manager Arsene Wenger after the Premier League match at the AMEX Stadium, Brighton. (Photo by Gareth Fuller/PA Images via Getty Images)

Di sebalik kempen ‘Wenger Out’ di kalangan penyokong Arsenal, pemilik Everton, Farhad Moshiri mempunyai pendapat yang berbeza mengenai kebolehan pengurus berbangsa Perancis itu.

Moshiri berpendapat bahawa Wenger adalah calon paling sesuai untuk mengubah nasib kelab Merseyside itu pada masa hadapan.

Ketika ditanya oleh wartawan sama ada beliau risaukan kedudukan beliau di Emirates, Wenger berkata:

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

“Saya tidak mahu bercakap mengenai masa depan saya sekarang. Buat masa sekarang, masa hadapan saya bukan perkara yang perlu dirisaukan.”

“Kerisauan utama saya ialah bagaimana untuk mengembalikan Arsenal ke landasan kemenangan. Kemudian kita akan memikirkan langkah seterusnya. Saya akan memberikan sehabis baik, selagi saya berada di sini.”

(Photo credit should read JUSTIN TALLIS/AFP/Getty Images)

Sehingga artikel ini ditulis, tidak boleh dipastikan sama ada pihak pengurusan tertinggi di Arsenal akan melepaskan Wenger. Pengurus tersebut masih mempunyai baki kontrak selama setahun untuk kekal di Emirates.

Namun bagi jutawan Iran, Arsene Wenger adalah calon terbaik untuk menggantikan Sam Allardyce yang tampil membantu Everton selepas pada musim lalu mengumumkan persaraan daripada pengurusan.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Jika Wenger adalah pilihan utama Moshiri (gambar atas), ia bukanlah perkara yang menghairankan. Sebelum melabur di Goodison Park, Moshiri juga terlibat dengan pelaburan di Arsenal, dan memiliki 15% pemilikan kelab bersama jutawan Uzbekistan, Alisher Usmanov.

Walaupun menyedari minat daripada Moshiri dan Everton, Wenger yang kini berusia 68 tahun masih kekal yakin mampu mengembalikan Arsenal ke landasan kemenangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN