Everton Luiz menjadi tumpuan beberapa hari yang lepas selepas beliau diserang dengan serangan berbentuk perkauman oleh penyokong pasukan lawan ketika bermain perlawanan Liga Serbia.
Luiz yang merupakan pemain pasukan Partizan diejek dengan bunyi monyet oleh penyokong lawan iaitu pasukan FK Rad dengan bunyi monyet setiap kali beliau memegang bola.
Dan bunyi itu terhasil setiap kali beliau memegang bola sepanjang perlawanan berlangsung.
Kerana tak tahan, Luiz bertindak menunjukkan jari tengah kepada penyokong FK Rad selepas perlawanan tamat dan kemudiannya menangis kerana tak tahan dicemuh oleh penyokong lawan.
Balik kampung sana
Namun begitu, isu ini tidak berakhir di situ.
Naib presiden FK Rad, Jelena Polic (gambar bawah) telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai tindakan Luiz yang menunjukkan jari tengah kepada penyokong beliau.
Beliau mahu menghalau Luiz untuk pulang ke negaranya di Brazil dan tunjukkan jari tengahnya di sana.
“Pergi balik ke Brazil sana dan tunjuk jari tengah awak yang hitam itu di sana!”
Namun begitu, caci makian beliau yang ditulis di laman Facebooknya itu kemudiannya dipadam oleh beliau.
Partizan bagaimana pun mengeji tindakan yang dilakukan oleh FK Rad, namun dalam masa yang sama mendenda Luiz diatas tindakannya menunjukkan jari tengahnya.
Serangan perkauman masih lagi menjadi perkara lazim di negara Eropah Timur. Kami tak boleh bayang kalau Mario Balotelli main di Liga Serbia.
Baca juga: Annuar Musa Bentang Manifesto, Mahu Wujudkan ‘Financial Fair Play’ Dalam Liga Malaysia