Everton Kecewakan Penyokong Di Gelanggang Sendiri, Tewas Di Tangan Burnley

Penyokong Everton semakin bengang dengan prestasi semasa skuad mereka. Everton melakukan perpindahan pemain yang keseluruhannya bernilai £150 juta pada pra musim.

Kali ini, skuad Ronald Koeman tewas di tangan Burnley di halaman mereka sendiri. Ini adalah permulaan terbaik Burnley dalam sejarah penyertaan mereka dalam EPL.

Walaupun Burnley tidak melakukan hantaran yang banyak dalam perlawnanan ini, namun jaringan Jeff Hendrick adalah ‘team goal’ melibatkan 24 hantaran di antara pemain mereka.

Jeff Hendrick melakukan jaringan yang cantik selepas pemain-pemain Everton tidak ada idea untuk menghentikan gerakan tersebut.

Burnley juga bertahan dengan sangat baik di dalam perlawanan ini untuk memastikan kemenangan ke-3 mereka musim ini.

Everton kini telah tewas 4 daripada 5 perlawanan EPL terakhir mereka dan menduduki tangga ke-16.

Everton bergelut di dalam perlawanan ini. Mereka menguasai lebih 60% perlawanan ini. Melakukan 23 percubaan ke arah gol, namun hanya 4 percubaan tepat yang gagal disempurnakan.

Ronald Koeman kini menjadi sasaran utama penyokong-penyokong Everton. Ini kerana dengan pasukan yang lebih mahal mereka memulakan musim ini lebih teruk daripada musim sebelumnya.

Everton akan berhadapan dengan Brightton selepas ini.

Apa pula pandangan anda? Adakah anda merasakan Koeman adalah individu yang paling bertanggungjawab dengan prestasi semasa Everton?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN