Liverpool telah dilucutkan status sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO disebabkan oleh pembangunan pesat uan dilakukan sepanjang tebingan bandar itu, termasuk pembinaan stadium baharu milik Everton di Bramley Moore Dock.
Menurut Sky Sports, keputusan melucutkan status Liverpool dari senarai tapak warisan dunia itu diputuskan oleh komiti UNESCO dalam satu mesyuarat yang diadakan di China baru-baru ini.
Satu laporan pada Jun lalu dibentangkan di hadapan komiti, dan pembangunan pesat di kawasan tebingan bandar tersebut menyebabkan Liverpool hilang ciri-ciri yang membolehkan ia berada di dalam senarai itu.
❌ Liverpool has been stripped of its world heritage status by @UNESCO after it said new buildings, including Everton’s new stadium, have ‘destroyed’ the historic Victorian docks. pic.twitter.com/kWccLTNJ0u
— The Sportsman (@TheSportsman) July 21, 2021
Satu kenyataan dari UNESCO mengenai keputusan tersebut berkata: “Pelabuhan dan pusat bandar Liverpool yang dianggap bersejarah kerana pernah menjadi salah sebuah pusat perdagangan antarabangsa utama pada abad ke-18 dan ke-19.
“Tapak ini sebelum ini dikenali kerana menjadi pelopor kepada teknologi moden pelabuhan, sistem pengangkutan, dan pengurusan perabuhan.
“Keputusan membatalkan status tapak warisan dunia ini adalah kerugian bagi masyarakat antarabangsa, serta nilai dan komitmen yang dikongsi secara antarabangsa di bawah Konvensyen Warisan Dunia.”
Sudah terancam lama
Liverpool sebenarnya sudah lama berada di dalam senarai tapak warisan yang terancam UNESCO, iaitu sejak 2012 selepas bermulanya cadangan untuk membangunkan tebingan bandar tersebut dengan pelbagai projek.
Liverpool dianugerahkan sebagai tapak warisan dunia pada 2004, dan bandar itu berada setaraf dengan tapak lain seperti Taj Mahal dan Tebok Besar China.
Liverpool was named a World Heritage Site in 2004, joining cultural landmarks such as the Great Wall of China, the Taj Mahal, and the Leaning Tower of Pisa.
The city is only the third place to be removed from the prestigious list pic.twitter.com/HoXOxrjoIV
— Reuters (@Reuters) July 21, 2021
Pelucutan status tersebut menjadikan bandar itu tapak warisan ketiga yang dilucutkan statusnya sejak ia diperkenalkan pada 1978.
Datuk Bandar Liverpool, Joanne Anderson jelas kecewa ketika mengulas mengenai perkara tersebut.
“Saya amat kecewa dan ambil tahu mengenai keputusan membatalkan Liverpool dari senarai tapak warisan dunia. Itupun selepas kali terakhir UNESCO datang melakukan peninjauan di sini dengan mata mereka sendiri pada 10 tahun yang lalu.
Quick reminder, @Everton are spending £505m to turn waste ground into a Stadium creating 8,136 jobs.
Plus £55m on Grade II listed hydraulic tower, preserve dock walls, maintain water channel and breathe new life into old tramlines – and #UNESCO are AGAINST this idea. pic.twitter.com/iGr30Sgw8e
— Peter Guy (@Getintothis) July 21, 2021
“Tapak warisan dunia di sini berada di dalam keadaan terbaik, dan mengambil manfaat daripada pelaburan berjuta-juta pound dari bangunan sekitarnya.
“Kami akan berkerja rapat dengan pihak kerajaan dan mengkaji jika perkara ini boleh dirayu. Apa sahaja yang akan berlaku, Liverpool sentiasa adalah tapak warisan dunia.
“Saya mendapati ia tidak masuk akal UNESCO mahu melihat Bramley Moore Dock kekal sebagai tanah terbiar, dan bukan memberikan sumbangan positif kepada bandar dan penduduk di sini.”
Stadium baharu Everton
Everton kini sedang berada di tahap akhir perancangan untuk membina sebuah stadium berkapasiti 52,888 di Bramley Moore Dock pada 26 Julai.
Kelab itu berharap boleh berpindah dari Goodison Park ke stadium baharu tersebut menjelang musim 2024/25.
Was off work when the story broke and some of the conclusions about Liverpool losing world heritage status have been doing my head in. Virtually no mention of austerity and where that leads. It’s certainly not Everton’s fault. https://t.co/USuescAoFB
— Simon Hughes (@Simon_Hughes__) July 30, 2021
Everton berkata stadium baharu tersebut mampu menjana pendapatan £1 billion kepada ekonomi di Liverpool, dan menjana lebih 15,000 pekerjaan baharu untuk penduduk tempatan.
Ia juga dijangka akan menarik sehingga 1.4 juta pelawat ke bandar itu sekaligus membenarkan perbelanjaan sehingga £255 juta dari perlancongan sahaja.
Everton ketika dihubungi Sky Sports enggan memberikan sebarang komen mengenai perkembangan terbaru dari UNESCO ini.