Everton berjaya mengaibkan Manchester United walau mereka pada ketika ini sedang bergelut mahu mengelak dari terjerumus ke zon penyingkiran.
Selepas sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Leicester City pada minggu lalu, Man Utd hari ini terpaksa akur tewas 1-0 di tangan Everton.
Beraksi di halaman sendiri, Everton cemerlang memanfaatkan kesempatan untuk mengutip tiga mata penuh, seterusnya menjarakkan lagi diri mereka dari zon penyingkiran.
FULL TIME: EVERTON 1-0 MANCHESTER UNITED
A huge three points for the Toffees and a big blow for United's top four hopes! pic.twitter.com/KcpjMqdv8A
— SPORTbible (@sportbible) April 9, 2022
Everton 1-0 Manchester United
Manchester United memulakan perlawanan dengan sangat cemerlang dengan mereka dilihat agak dominan pada beberapa minit pertama permainan.
Pada minit ke-8, Marcus Rashford hampir sahaja membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat, namun sayangnya rembatan padu beliau berjaya dinafikan oleh Jordan Pickford.
Pada minit ke-26 permainan, Everton akhirnya berjaya membuka tirai jaringan selepas rembatan padu Anthony Gordon terbias terkena Maguire sebelum menerjah jaring gawang gol De Gea.
Man Utd pada aksi babak pertama dilihat beberapa kali berjaya melancarkan serangan ke kubu Everton namun sayangnya jentera serangan mereka agak tumpul dalam perlawanan ini.
Everton sendiri turut beberapa kali berjaya menguji gawang gol United namun mereka juga gagal untuk menambah jaringan gol.
Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan Man Utd terpaksa akur berdepan satu lagi kekalahan dalam saingan Premier League di bawah kendalian Ralf Rangnick.
Manchester United face a humiliating defeat against Frank Lampard's Everton! 😳#Everton #ManchesterUnited #ManUnited #PremierLeague pic.twitter.com/RrOYHZiIwi
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) April 9, 2022
Siapa lebih tertekan sebenarnya?
Tidak dinafikan yang kedua-dua pasukan turun dalam perlawanan ini dengan masing-masing berdepan tekanan yang berbeza.
Namun harus diakui yang Everton sebenarnya berdepan lebih tekanan berbanding United kerana mereka kini sedang bergelut mahu mengelak dari berada di zon penyingkiran.
Namun jika dilihat pada aksi dan persembahan di atas padang, Manchester United nampak lebih tertekan dengan segala perancangan mereka serba tak menjadi.
Everton sendiri pula walau dianggap lebih tertekan, namun mereka membuktikan sebaliknya dalam perlawanan ini dengan mereka sangat selesa mendominasi permainan.
Jentera serangan United nampak langsung tak klinikal dengan mereka turut gagal menghadirkan ancaman ke kubu The Toffees.
Posisi midfield Man Utd juga nampak tak berfungsi dengan tak ada gerakan atau build up betul-betul berkualiti yang berjaya digerakkan oleh mereka.
Di posisi pertahanan United seperti kebiasaannya sememangnya bermasalah dan tidak ada bezanya dengan aksi pada hari ini.
FT: Everton 1-0 Manchester United.
Another bad result for Manchester United. Everton finally get a win again after 5 defeats in their last 6 games. pic.twitter.com/5xBF5SmEZe
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) April 9, 2022
Everton berhak untuk menang
Jordan Pickford telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dengan beliau cemerlang melakukan empat aksi penyelamatan yang berjaya menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi.
Dua percubaan merbahaya Marcus Rashford pada aksi babak pertama merupakan peluang terbaik United untuk memperoleh gol dan ia berjaya dinafikan oleh Pickford.
Para pemain Everton yang lain juga turut beraksi dengan sangat cemerlang dalam perlawanan ini dengan mereka memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik.
Melihat kepada kerja keras dan persembahan mantap para pemain Everton, maka tidak hairanlah untuk menganggap mereka berhak mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini.
Ada harapan lagi ke nak kejar kedudukan empat teratas?
Secara matematiknya Manchester United masih berpotensi untuk mengakhiri saingan musim ini di kedudukan empat teratas.
Namun sepertinya hal itu sangat sukar untuk dilakukan kerana mereka semakin jauh ditinggalkan oleh Arsenal dan Tottenham Hotspur.
Everton claim HUGE three points in relegation battle as they beat Man United at Goodison Park #EVEMUN #EFC #MUFChttps://t.co/4a5kiXoYuk
— talkSPORT (@talkSPORT) April 9, 2022
Man Utd kini berada tiga mata dibelakang Arsenal yang sedang berada di kedudukan kelima dalam carta saingan Premier League, namun skuad kendalian Mikel Arteta itu masih mempunyai kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan.
Tottenham Hotspur sendiri juga turut memiliki kelebihan tiga mata berbanding United pada ketika ini, dengan mereka turut mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.
Melihat kepada hal itu, sepertinya agak sukar sebenarnya untuk Manchester United mencabar kedudukan empat teratas.
Everton 1-0 Manchester United 😳 pic.twitter.com/4sbqnvEomX
— GOAL (@goal) April 9, 2022
Mereka mungkin boleh beri tumpuan untuk mengakhiri saingan liga di kelompok enam teratas bagi menjamin tempat beraksi di pentas bola sepak Eropah.