Tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku dalam perancangan perpindahan Barcelona. ESPN melaporkan mereka sudah menyediakan bidaan €20 juta untuk Paulinho.
Paulinho adalah bekas pemain Tottenham Hotspurs dan kini beraksi dalam CSL untuk Guangzhou Evergrande.
Erneste Valverde dikatakan mahukan pemain itu untuk mengisi bahagian tengah pasukan mereka. Barcelona menawarkan €20 juta untuk Paulinho.
Ia adalah angka yang dirasakan ramai peminat Barcelona sebagai tidak masuk akal.
Semalam Guangzhou Evergrande mendedahkan mereka ada memasukkan klausa perlepasan dalam kontrak pemain tersebut dan nilainya adalah €40 juta.
Ianya 2 kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh Barcelona. Luiz Felipe Scolari bertegas tidak akan menjual pemain itu dan bekata:
“Klausa perlepasan beliau adalah €40 juta. Kami tidak mahu melepaskan beliau. Ini kerana peraturan baru jendela perpindahan akan membuatkan kami sukar mencari pengganti jika melepaskan Paulinho.”
Berita tentang minat Barcelona ini disahkan sendiri oleh Paulinho yang memberitahu media:
“Pihak Barcelona ada menghubungi ejen saya. Ya! Tawaran terbaik dalam hidup dan karier saya itu memang ada.”
“Tetapi saya gembira dengan apa yang ada sekarang. Ia satu fasa yang sukar untuk saya dalam membuat keputusan.”
“Saya perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum membuat keputusan. Faktor paling kritikal adalah kegembiraan saya.”
“Saya dan isteri saya sangat gembira di China, kami suka tinggal di sini dan bergaul dengan orang di sini.”
Selain dari Paulinho, Barcelona turut dikaitkan dengan pemain tengah PSG, Marco Veratti.
Sumber/rujukan:
ESPN – http://www.espnfc.com/story/3148637/luiz-felipe-scolari-dismisses-paulinho-to-barcelona-speculation