Evan Dimas Dan Ilham Udin Armaiyn Kembali Perkuatkan Selangor

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Selangor mendapat tonik tambahan menjelang pertemuan menentang PKNP FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini apabila 2 tonggak dari Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn kembali memperkuatkan pasukan.

Pengendali Selangor, Nazliazmi Mohamad Nasir berkata kepada Berita Harian, dua pemain berkenaan sudah menyertai latihan bersama Red Giants sejak semalam.

“Saya berharap mereka dapat membantu persembahan keseluruhan pasukan dan menunjukkan prestasi terbaik selepas tidak bersama kami dalam dua aksi sebelum ini.

“Mereka menyertai semula pasukan semalam dan saya lihat kedua-duanya berada dalam keadaan baik, malah bersedia untuk diturunkan,” katanya.

FOTO: FA Selangor

Evan dan Ilham sebelum ini meninggalkan Red Giants buat seketika untuk menyertai skuad Bawah 23 (B-23) Indonesia bagi menghadapi kejohanan Piala Ulang Tahun Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Tanpa khidmat mereka, Selangor berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan sebelum tewas 0-2 kepada pendahulu liga, JDT di Stadium Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Rabu lalu.

Gambar: FA Selangor

Mengulas mengenai pertemuan menentang PKNP malam ini, Nazliazmi mahu pastikan pasukannya meraih 3 mata penuh bagi mengelakkan mereka berada dalam kelompok bawahan.

“Kami tahu PKNP pasukan yang tidak boleh dipandang rendah kerana mereka mempunyai kemampuan untuk menghukum kealpaan pasukan lawan.

“Selangor hanya ada dua hari untuk berlatih selepas aksi berdepan JDT dan saya lihat semua pemain sudah melupakan episod kekalahan kepada anak didik Raul Longhi.

“Tapi saya menegaskan dan mengingatkan kepada pemain mereka tidak boleh mengulangi kesilapan sama ketika bertemu JDT, malam esok,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN