Dunia bola sepak digegarkan dengan pengesahan 12 pasukan utama di Eropah yang memilih untuk membentuk sebuah pertandingan berasingan yang dikenali sebagai European Super League (ESL).
Dijana oleh enam pasukan Premier League, tiga pasukan La Liga dan Serie A, reaksi yang diperoleh dari dunia bola sepak jelas sekali menghentam perancangan liga itu.
Majoriti pihak dari persatuan bola sepak negara, penganjur liga dan juga penyokong mengecam tindakan 12 kelab tersebut.
Malah bagi sesetengah pihak, ianya adalah bukti yang kelab-kelab tersebut telah membelakangkan penyokong mereka sendiri.
Menurut penganlisis Sky Sports, Micah Richards, beliau mengatakan tindakan kelab-kelab ini telah menghapuskan memori pasukan demi duit.
“Kita mengaku yang bola sepak hari ini adalah pelaburan dan juga perniagaan, tapi apa pula nasib penyokong?”
“Apa sudah jadi kepada memori yang dimiliki oleh penyokong selama ini? Ianya dilupakan hanya kerana duit dan itulah realiti bola sepak hari ini. Cukup memalukan.”
Bagi seorang lagi penganalisis Sky Sports, Roy Keane, apa yang dilakukan 12 pasukan tersebut adalah tidak lebih daripada ketamakan mereka terhadap wang.
“Semua ini berlaku dengan secara terang-terangan kerana tamak. Ianya memang sesuatu yang tidak baik [untuk bola sepak].”
“Harapnya perkara ini boleh dihentikan.”
12 pasukan yang bersatu untuk membentuk ESL adalah AC Milan, Barcelona, Real Madrid, Juventus, AC Milan, Inter Milan, Arsenal, Chelsea, Manchester City, Manchester United, Liverpool dan Tottenham Hotspur.
Pihak seperti FIFA, UEFA, Premier League, La Liga, Serie A dan FA ketiga-tiga negara kini giat menentang pembentukan ini.
Baca juga artikel kami mengenai European Super League:
European Super League: Perangai Tidak Sedar Diri Man Utd, Liverpool, & Arsenal Dibidas
Bayern Munich Bidas Keputusan Hansi Flick Letak Jawatan, Apa Sebenarnya Berlaku?
5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool