Gol tunggal oleh Danny Welbeck memberikan Arsenal kemenangan ke atas Sporting Lisbon di Portugal, sekaligus mengekalkan kelab London itu di kedudukan teratas Kumpulan E pertandingan Liga Eropah.
Penyerang England itu memanfaatkan kesilapan oleh Sebastian Coates, sebelum menolak masuk bola di celah kaki penjaga gol untuk jaringan pada minit ke-77 perlawanan.
Pada awal babak kedua perlawanan turut menyaksikan jaringan Welbeck melalui tandukan dibatalkan pengadil selepas pemain itu dipersalahkan mengasari pemain pertahanan lawan.
Kemenangan pada awal pagi tadi bermakna Arsenal kini merekodkan 11 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Tidak banyak yang boleh diperkatakan pada babak pertama, tatkala perlawanan kelihatan seperti akan berakhir tanpa jaringan walaupun Arsenal menguasai perlawanan.
Nani menjelmakan peluang terbaik buat Sporting Lisbon untuk berada di hadapan melalui percubaan lencong, sebelum sepakan percuma Henrikh Mkhitaryan ditumbuk keluar oleh Renan Ribeiro.
Babak kedua, Arsenal memberi indikasi jelas mereka mahu menggunakan kelebihan penguasaan mereka untuk menjaringkan gol, dan menyaksikan Pierre-Emerick Aubameyang dinafikan dua kali oleh pemain pertahanan dan penjaga gol lawan.
Peluang tersebut terus menambah keyakinan untuk mengasak, sebelum habtaran cut-back oleh Matteo Guendouzi menemui Welbeck untuk disempurnakan dari jarak dekat.
Walaupun tewas, Sporting Lisbon terus kekal berada di tangga kedua Kumpulan E dengan mengumpul 6 mata, dengan wakil Ukraine, Vorlska Poltava berada di kedudukan ketiga dengan tiga mata selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Qarabag FK.
Saksikan rangkuman perlawanan melalui pautan di bawah: