Dalam saingan Kumpulan B EURO Bawah-21 menyaksikan Sepanyol menewaskan Macedonia. Macedonia melepaskan 5 gol tanpa balas.
Sepanyol jelas berada dalam kelas tersendiri dengan pemain-pemain yang mereka miliki dalam kejohanan kali ini.
Marco Asensio meneruskan aksi cemerlang beliau di Real Madrid. Beliau menjaringkan hatrik buat Sepanyol dan diangkat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Seorang lagi bintang berpengaruh, Saul Niguez menjaringkan gol pendahuluan buat Sepanyol seawal minit ke-10. Marco menjaringkan gol minit 16, 54 dan 72. Gerard Deulofeu menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-35.
Portugal 2-0 Serbia
Perlawanan ini dianggap perlawanan tumpuan kerana pasukan seperti Serbia sentiasa kompetitif memberikan saingan kepada lawan mereka.
Gol daripada Gonçalo Guedes pada minit 37 dan Bruno Fernandes pada minit 88 cukup membuatkan Serbia bungkam. Portugal juga menurunkan bintang sensasi mereka ketika Euro 2016, Renato Sanches.
Bruno Fernandes dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan.
Aksi Kumpulan C (hari ini)
Jerman bakal berhadapan Republik Czech pada jam 12 tengah malam (Isnin) waktu Malaysia. Manakala Denmark menentang Itali pada jam 2.45 pagi (Isnin).