Euro 2020: Gol Minit Akhir Moreno Sahkan Kemaraan Sepanyol

Sepanyol mengesahkan kelayakan ke kejohanan Euro 2020 selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang dianggap dramatik menentang Sweden.

Sebelum perlawanan, skuad kendalian Robert Moreno memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk mengesahkan kelayakan ke kejohanan benua yang akan berlangsung tahun hadapan itu.

Namun demikian, Sepanyol terpaksa menunggu sehingga ke masa kecederaan sebelum mampu mengesahkan kemaraan.

Sepanyol mendominasi pada babak pertama perlawanan, tetapi kecemerlangan Robert Olsen di hadapan gawang Sweden menafikan percubaan daripada Fabian Ruiz dan Gerard Moreno.

Pemain tengah Napoli itu turut mengegarkan palang gol selepas itu.

Sweden turut melakukan ancaman sebelum tamat babak pertama perlawanan untuk memaksa David de Gea menyelamatkan percubaan daripada Marcus Berg dan Emil Forsberg.

Walaupun Sepanyol beraksi lebih baik pada babak pertama perlawanan, Sweden menjadi pasukan yang memperolehi pendahuluan, hanya tiga minit perlawanan babak kedua bermula.

De Gea pada mulanya berjaya menyelamatkan tandukan Fosberg, namun gagal menghalang tindakan susulan pemain tersebut untuk Sweden mendahului.

Penjaga gol Manchester United itu kemudiannya dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan percubaan Sweden tersebut, sebelum digantikan oleh Kepa Arrizabalaga.

Ruiz dan penyerang Real Sociedad, Mikel Oyarzabal kemudiannya menguji Olsen beberapa kali dalam usaha mencari gol penyamaan buat Sepanyol, namun gagal berbuat demikian.

Ketika perlawanan hampir pasti milik Sweden, pemain gantian Rodrigo Moreno muncul wira dengan gol yang mengesahkan tempat Sepanyol di Euro 2020 sejurus sebelum wisel penamat ditiupkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN