Euro 2020: 4 Sebab England Akan Kecewa & “Footballs’s Coming Home” Hanya Sekadar Retorik

England dilabel sebagai salah sebuah pasukan elit yang sering mengecewakan penyokong-penyokong mereka. Ini kerana skuad The Three Lions sering kali berhadapan dengan kekecewaan di pentas antarabangsa, walaupun memiliki deretan nama besar di dalam pasukannya.

Bagaimana dengan nasib mereka di Euro 2020? Mungkin ada di kalangan anda yang yakin bahawa “Football’s coming home” di Euro 2020 ini. Anda berhak berpendapat sedemikian.

Namun sebelum itu, ayuh kita teliti antara sebab mengapa England tetap akan mengakhiri kempen Euro 2020 kali ini dengan kekecewaan seperti mana di kejoahanan-kejohanan lain sebelum ini.

Barisan hadapan yang tumpul

Muncul juara Kumpulan D, England hanya menjaringkan dua gol dari tiga perlawanan yang mereka lalui di peringkat kumpulan. Di kalangan 16 pasukan yang mara ke pusingan kalah mati, ini bermakna England adalah pasukan yang paling sedikit menjaringan gol selain Republik Czech.

Kedua-dua gol England di dalam Kumpulan D disumbangkan oleh Raheem Sterling. Menentang Jerman di pusingan mati selepas itu, Sterling sekali lagi memecah kebuntuan England di bahaian hadapan sebelum Harry Kane menambah satu lagi gol melalui tandukan untuk kemenangan 2-0.

Ini bermakna secara purata, England telah menjaringkan satu gol untuk setiap satu perlawanan yang dilalui setakat ini di Euro 2020. Memasuki pusingan kalah mati, kegagalan menghasilkan sebarang gol sepertimana ketika berhadapan Scotland di peringkat kumpulan hanya akan mengundang penyingkiran.

Buat masa ini England terlalu bergantung kepada Raheem Sterling untuk menjaringkan gol. Bola sepak adalah permainan berpasukan. Aneh sekali apabila England tidak mempunyai penjaring lain selain dari Sterling dan Kane setakat ini.

Prestasi Harry Kane

Prestasi Harry Kane di Euro 2020 antara yang menjadi bualan. Penyerang Tottenham ini dikhabarkan tidak berada di prestasi terbaiknya bersama The Three Lions setakat ini.

Musim lalu penyerang Tottenham ini muncul sebagai penjaring terbanyak Premier League dengan 23 gol. Namun prestasi Kane bersama The Three Lions setakat ini tidak menggambarkan diri Kane yang sebenarnya.

Apa yang paling merisaukan ialah perkara di luar padang menjadi sebab utama kemerosotan prestasi Kane di Euro 2020. Penyerang utama England itu dilaporkan mahukan perpindahan keluar dari Tottenham sejurus sebelum bermulanya Euro 2020.

Sehingga kini masa depan beliau belum lagi jelas. Manchester City dan Manchester United dilaporkan antara dua kelab yang mengintai rapat keadaan pemain ini bersama Tottenham.

Terlampau bergantung kepada pemain muda

Di posisi bek tengah, pemain Brighton, Ben White dan pertahanan Everton, Ben Godfrey adalah antara pemain yang didaftarkan di dalam skuad England tanpa sebarang penampilan antarabangsa.

Dua lagi pemain tanpa sebarang penampilan ialah penjaga gol, Sam Johnstone (West Ham), dan Aaron Ramsdale (Sheffield United). Kedua-duanya juga mewakili pasukan yang jatuh ke Championship pada musim lalu.

Skuad pilihan Gareth Southgate kali ini terdiri daripada deretan pemain muda. Ini termasuk bintang Borussia Dortmund berusia 17 tahun, Jude Bellingham, dan Bukayo Saka. Mujurlah Mason Greenwood dihantar pulang oleh Southgate selepas itu kerana isu kecergasan,

Daripada 33 pemain yang dipanggil oleh Southgate untuk Euro 2020, 18 pemain memiliki kurang dari 10 penampilan antarabangsa. Anehnya Southgate meninggalkan pemain yang lebih berpengalaman seperti Michael Keane (pertahanan), Eric Dier (tengah), Jesse Lingard dan pemain kreatif James Maddison.

Anda boleh rumuskan skuad England ini masih kurang pengalaman, dan lebih kepada usaha Southgate membentuk pasukan untuk Piala Dunia 2022 di Qatar.

Sejarah bukti England gagal capai sasaran

Bilakah kali terakhir skuad senior England merangkul kejuaraan di pentas antarabangsa? Dan berapa kalikah harapan yang diberikan berakhir dengan kekecewaan? Banyak kali bukan.

Kali terakhir England merangkul kejuaraan di pentas antarabangsa ialah 55 tahun lalu ketika bergelar juara Piala Dunia pada 1966. Untuk kejohanan eropah, England pernah mara sejauh peringkat separuh akhir pada 1966.

Dua tahun lalu, skuad kendalian Southgate turut mara ke separuh akhir Piala Dunia di Rusia, namun dikecewakan oleh Croatia di separuh akhir.Dengan tersingkirnya beberapa pasukan elit seperti Jerman, Perancis, Portugal dan Belanda, apakah peluang England selepas ini?

Berdasarkan rekod lampau, masalah England sentiasa bergelut ketika berhadapan dengan pasukan yang dianggap kerdil. Denmark, Ukraine, atau Switzerland tetap mampu menghadirkan kejutan.

Harus tidak dilupa juga England turut berkemungkinan berjumpa Sepanyol di separuh akhir, manakala Itali dan Belgium antara pasukan berpotensi menjadi lawan di perlawanan akhir.

Penutup

Nyanyian penyokong England “Football’s coming home” akhirnya hanya akan menjadi satu retorik semata-mata apabila England gagal membawa pulang kejuaraan.

Dan ia akan terus menjadi alat propaganda mereka yang sangat yakinkan kemampuan skuad England. England mungkin memiliki antara pertandingan domestik terbesar di dunia. Tetapi ia tidak bermaksud mereka memiliki skuad antarabangsa yang berkemampuan muncul juara di saingan antarabangsa.

Buat masa ini, kita tunggu dan lihat sahaja.

Baca artikel lain mengenai Euro 2020:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

5 Pemain Perancis Paling Mengecewakan Di Euro 2020

3 Punca Jerman Pulang Awal Dari Euro 2020

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN