Bekas penyerang Barcelona, Samuel Eto’o mengakui yang beliau berasakan Nicolas Anelka adalah penyerang yang lebih baik berbanding Thierry Henry.
Eto’o yang merupakan legenda Cameroon berkata demikian selepas menganggap Henry yang merupakan pemenang Piala Dunia 1998 “bukan berada pada tahapnya”.
Walaupun Eto’o dan Henry pernah beraksi bersama-sama di Barcelona satu ketika dahulu, beliau tetap berasa yang Anelka adalah lebih baik walaupun tidak pernah bersatu dalam satu pasukan.
“Saya rasa beliau bukanlah berasa pada tahap seperti Nicolas Anelka. Thierry Henry adalah pemain yang bagus, tetapi saya kenal ‘barang’. Saya lebih sukakan pemain lain.
“Dalam keadaan apa pun, Henry bukanlah pemain yang setaraf dengan saya. Nasib baik sajalah yang saya tidak beraksi untuk Perancis,” kata Eto’o menerusi Sport Bible.
🎙️ Samuel Eto'o on Thierry Henry: "I think he wasn't at Anelka's level. Titi was good, but I preferred other players. In any case he was not at my level." 😳
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 28, 2022
Kenyataan yang dilakukan oleh Eto’o ini jelas sekali seolah-olah merendah-rendahkan pemain yang dianggap sebagai antara legenda Premier League sepanjang zaman.
Malah kenyataan yang dilakukan pemain Cameroon itu tidak senangi oleh penyokong bola sepak yang berasakan beliau seolah-olah cuba menimbulkan perbalahan antara pengikut bola sepak.
Untuk rekod, Eto’o lebih tajam di depan gol berbanding Henry dengan mencatatkan 426 gol dalam 880 perlawanan. Sementara Henry pula mencatatkan 411 gol dalam 917 perlawanan.
Akan tetapi, Henry adalah lebih ‘team player’ berbanding Eto’o dengan bekas bintang Arsenal itu mencatatkan bantuan gol lebih banyak.
Henry mencatatkan 236 bantuan gol manakala Eto’o hanya 136 sahaja.
Penyerang mana lebih hebat? Anda tentukan.