Estu Ernesto: Indonesia ‘Cemburu’ Malaysia Miliki TMJ

Ernesto

Pemerhati bola sepak Indonesia, Estu Ernesto mengakui negaranya cemburu dengan Malaysia yang memiliki pemimpin bola sepak seperti DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Ini kerana Estu menegaskan kebangkitan bola sepak Malaysia termasuk pasukan kebangsaan dan Liga Malaysia telah mula memberikan impak semenjak Tunku Ismail membuat penampilan dalam Liga Malaysia pada tahun 2013.

Kata lagi wartawan portal terkenal Indonesia, Bolasport.com itu dalam kunjungannya ke Ibu Pejabat Malaysian Football League (MFL) baru-baru ini, Indonesia sememangnya bermimpi untuk memiliki seorang tokoh bola sepak hebat seperti Tunku Ismail.

Tanpa berselindung, Estu mengakui penyokong-penyokong Malaysia seharusnya menghargai setiap kerja keras Tunku Ismail dalam mengangkat bola sepak negara di mana dia percaya lebih banyak kejayaan serta potensi menanti Liga Malaysia ketika berada pucuk kepimpinan baginda.

“Sejujurnya kami agak cemburu apabila Malaysia memiliki pemimpin seperti Tunku Ismail. Jika Indonesia ada ketua seperti Tunku Ismail, saya percaya bola sepak Indonesia akan bertambah menjadi semakin kuat.

“Saya mengikuti perkembangan Liga Malaysia dan jika diperhatikan sejak kemunculan Tunku Ismail dalam bola sepak Malaysia pada tahun 2013, banyak perkara-perkara yang telah membantu meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan mahupun Liga Malaysia itu sendiri.

“Sememangnya Selangor memiliki sejarah dan tradisi di mana mereka terkenal dalam kelompok penyokong Indonesia tetapi kami kini mula melihat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada di bawah kepimpinan Tunku Ismail telah mencuri perhatian kami terutama kejayaan mereka memenangi Piala AFC pada 2015.

“Jika anda tanya kepada saya, saya sudah pasti mahu seorang (seperti) Tunku Ismail wujud dalam bola sepak Indonesia dan saya percaya penyokong-penyokong Malaysia harus menghargai Tunku Ismail kerana Tunku Ismail adalah satu dalam sejuta di mana ketokohannya tidak perlu disangkalkan lagi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Estu turut memuji perancangan Pengerusi MFL, Tunku Ismail yang berusaha keras untuk memperkenalkan badan bebas pengadil, Profesional Match Official Malaysia (PMOM) dalam usaha meningkatkan lagi kualiti dan imej Liga Malaysia itu sendiri.

“Percaya atau tidak, saya yakin negara-negara lain seperti Indonesia, Vietnam dan lain-lain sudah mula memandang tinggi selain berwaspada dengan kebangkitan Liga Malaysia.

“Idea Tunku Ismail memperkenalkan kouta pemain Asia Tenggara itu sendiri menjadikan Liga Malaysia semakin mendapat perhatian di mana penyokong Indonesia sekarang semakin berminat mengikuti Liga Malaysia kerana ada pemain Indonesia yang beraksi di sini seperti Saddil Ramdani.

“Kini pemain-pemain Indonesia berlumba-lumba mahu datang di sini kerana kemajuan Liga Malaysia sejak berada di bawah Tunku Ismail bergerak dengan semakin pantas daripada segi kualiti, penjenamaan dan imej di pentas Asia.

“Selain menyaksikan Liga Malaysia memperolehi slot automatik dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), pengenalan badan bebas pengadil (PMOM) itu sendiri membuktikan Liga Malaysia dalam landasan terbaik di mana Indonesia sendiri masih belum berjaya untuk mewujudkan badan bebas pengadil profesional.

“Jika boleh saya mahu ‘claim’ Tunku Ismail itu sebenarnya datang dari Indonesia dan memujuknya datang ke Indonesia,” katanya berselor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN