Esteban Solari: “Tak Kira Menang Atau Kalah, Kami Sentiasa Bersama”

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari mengakui mereka bakal menghadapi aksi paling getir pada perlawanan esok membabitkan pasukannya menentang gergasi dari Jepun, Kawasaki Frontale.

JDT bakal menghadapi pasukan tersebut untuk perlawanan kelima peringkat Kumpulan I bagi saingan AFC Champions League (ACL) di gelanggang lawan iaitu Stadium Todokori hari esok.

Terdahulu, JDT telah pun mencipta kekalahan tipis 0-1 di tangan pasukan tersebut bagi perlawanan pertama ketika aksi berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Walaupun mencatat kekalahan, JDT ketika itu sebenarnya hampir mencipta kejutan menerusi corak permainan mereka untuk mengimbangi kekuatan pasukan lawan sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Malah pemain seperti Arif Aiman Hanapi antara paling menonjol pada perlawanan tersebut menerusi kelincahan beliau untuk mengatasi pertahanan lawan.

Setakat empat perlawanan dilalui JDT, skuad kendalian Solari itu berjaya merekodkan dua kemenangan serta dua kali seri untuk mengumpul enam mata serta berada di tangga ketiga.

Sudah tentu kemenangan bagi baki dua perlawanan ini ditagih untuk membuka peluang buat Harimau Selatan kembali layak ke pusingan 16 terbaik seperti dikecapi mereka tahun lalu.

Walaupun menyedari aksi getir bakal dihadapi mereka hari esok, Solari menyatakan beliau tetap akan berusaha demi membentuk taktikal lebih berkesan menghadapi pasukan lawan.

“Kami dalam saingan ACL yang mana kami perlu hadapi perlawanan dianggap sukar tatkala menentang pasukan hebat di Jepun di tambah pula beraksi di sana yang sememangnya bukan mudah.

“Namun tidak kira menang atau kalah, kami sentiasa bersama malah pemain juga memiliki sasaran sama iaitu akan cuba beri persembahan terbaik dan juga antara kejurulatihan dan pemain sentasa bekerjasama untuk capai apa disasarkan.

“Kami juga sudah membuktikan yang JDT pasukan mampu beri cabaran di peringkat antarabangsa malah pernah beri saingan apabila beri tentangan sengit kepada anak didik Oniki selepas hanya tewas tipis 0-1 dalam aksi berintensiti tinggi,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Solari juga menyatakan kini masanya telah tiba untuk mereka mengekalkan momentum permainan seperti dilakukan lalu ketika berdepan Kawasaki Frontale pada September.

Seterusnya, pengendali berpengalaman itu juga tidak mahu terlalu memikirkan rekod buruk dihadapi JDT sebelum ini yang kurang bernasib baik berdepan kelab dari Jepun.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN