Esteban Solari Enggan Pandang Rendah Kekuatan Semasa TRW Kelantan

Pengendali utama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari enggan mengambil mudah cabaran mereka pada perlawanan hari ini untuk menentang The Red Warriors (TRW) Kelantan dalam saingan Liga Super 2023.

JDT bakal menghadapi satu lagi aksi Liga Super dengan perhitungan seterusnya bertemu TRW Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dalam misi untuk mendapatkan tiga mata seterusnya.

Tampil dengan rekod cemerlang untuk mencatat semua kemenangan dalam aksi Liga Super, JDT kini dianggap sebagai pasukan pilihan untuk tampil mencatat kemenangan mudah mengatasi TRW Kelantan .

Walaupun beraksi di gelanggang lawan, ianya bukan satu masalah buat Harimau Selatan, kerana TRW Kelantan kini tampil dengan serba kekurangan di segenap posisi selepas ramai tonggak mereka keluar pada pertengahan musim.

Namun, Solari enggan melihat perkara tersebut sebagai kelebihan buat dirinya apabila beliau menepis dakwaan kelab kendaliannya bakal menewaskan TRW Kelantan dengan mudah.

Ulas pengendali berpengalaman itu, fokus beliau ketika ini adalah untuk terus memperkemaskan taktikal permainan JDT yang dianggap kurang berkesan ketika mereka menentang Negeri Sembilan lalu.

“Aksi seterusnya menentang Kelantan dan kami harus meneruskan persembahan berkualiti dan berintensiti tinggi untuk membawa pulang tiga mata dan ia perlawanan penting kerana selepas itu kami akan bermain pada final Piala FA.

“Sama juga dengan aksi menentang Negeri Sembilan, kami akan pertingkatkan lagi rentak permainan dan menyusun strategi yang ampuh kerana kami sedar pasukan lawan akan cuba memberi saingan sengit.

“Walaupun Kelantan di tangga tercorot liga, kami tetap hormati mereka dan tidak boleh pandang rendah sebaliknya kami harus sentiasa bersedia malah pemain JDT juga perlu tingkatkan lagi intensiti permainan,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Pada masa sama, Solari tidak menganggap permukaan padang di gelanggang lawan bakal mempengaruhi corak permainan mereka untuk berhadapan TRW Kelantan.

“Kami sudah biasa bermain di padang cowgrass dan tidak takut dengan kualiti padang kerana di pusat latihan, kami didedahkan berlatih di padang jenis rumput itu.

“Tidak kisahlah berlatih di mana pun kerana apabila beraksi dalam perlawanan sebenar pemain perlu tenang dan bersabar dan mengekalkan corak serangan, maka keputusan yang positif pasti diraih,” kata Solari lagi.

Tampil dengan rantaian pemain bintang, Solari dijangka tidak akan membuat perubahan ketara dalam kesebelasan utama Fernando Forestieri serta Arif Aiman Hanapi sekali lagi akan diletakkan dalam kesebelasan utama.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN