Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari menjadi individu yang sibuk ketika ini dalam mempersiapkan barisan para pemain terbaik untuk aksi Liga Super seterusnya menentang Kedah Darul Aman (Kedah).
Musim pertama Solari di Malaysia jelas menjadi sesuatu yang positif, selepas pengendali tersebut berjaya memastikan JDT tidak tewas dalam semua tujuh perlawanan Liga Super ketika ini.
Finishing touches ahead of tomorrow’s match ⚽
Get your tickets now at https://t.co/4EKIFak3ZW.
More photos at https://t.co/woKVJ0Cruy#JDT#WhatCanYouDo#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/vt7sdEvLkJ
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 8, 2023
Malah, pengendali tersebut juga memperbaiki aspek pertahanan untuk tampil lebih baik dan keberkesanan dapat dilihat setelah JDT hanya dibolosi satu gol sehingga kini.
Menerusi prestasi ditampilkan tersebut, pastinya pasukan tersebut dilihat sebagai pilihan utama untuk mencatat kemenangan berbanding Kedah, apatah lagi kelebihan JDT yang beraksi di laman sendiri.
Selain itu, para pemain utama JDT juga berada dalam keadaan terbaik untuk bebas daripada isu kecederaan, selain sekembalinya penyerang berbisa mereka iaitu Bergson da Silva.
Ketika ini, Solari dilaporkan sedang memberi fokus untuk pemulihan para pemain sebelum merangka taktikal berkualiti untuk menghadapi Kedah yang sedang menampilkan prestasi memberansangkan sejak beberapa perlawanan lalu.
Malah, Solari juga membayangkan aksi bertemu Sang Kenari itu mungkin akan sukar dan enggan mereka terlalu bermegah dengan kejayaan semasa untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.
“Aksi menentang Kedah mungkin sukar buat kami kerana bukan sahaja Kedah, semua pasukan yang menentang kami akan bersungguh-sungguh untuk tewaskan kami.
“Oleh itu kami tidak boleh terlalu selesa dan bermegah dengan tujuh kemenangan yang diraih sebaliknya perlu tingkatkan permainan dan perbaiki kelemahan yang ada.
“Jadi kami tidak boleh terlalu selesa dan terlalu dibuai-buai dengan kejayaan itu kerana kami harus sentiasa bersedia dan memberi persembahan terbaik dalam setiap perlawanan yang diharungi malah setiap perlawanan yang kami hadapi semuanya ibarat aksi final.
“Setiap permainan adalah peluang untuk kami bertambah baik dan kekalkan konsentrasi. Bukan mudah untuk menang dengan jaringan banyak, oleh itu kami kena bersedia memberi sepenuh fokus dan beraksi tanpa tekanan malah ia bukti kami berada di landasan yang tepat,” katanya menerusi Harian Metro.
Unity, happiness & hard work in Friday's training
More photos at https://t.co/qsXydaWPHj#JDT#WhatCanYouDo#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/ortVJIqFyK
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 7, 2023
Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu dijangka bakal sengit kerana Nafuzi Zain juga pastinya enggan berputih mata di gelanggang lawan untuk menghambat status pendahulu liga yang dihuni oleh JDT.
Apapun, Solari pastinya tidak mahu rekod tujuh kemenangan ini terpadam, dan beliau sudah tentu mempunyai rencana tersendiri untuk mengatasi Kedah.