Esteban Solari Beri Bayangan Kekal Barisan Pemain Sama Untuk Berdepan PDRM

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari mengakui bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dibuat oleh pasukan lawan, PDRM untuk aksi pada malam ini.

Saingan liga Super 2023 terus bersambung dengan membabitkan salah satu perlawanan tumpuan iaitu PDRM menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bermain di laman sendiri, pastinya ia akan memberi sedikit kelebihan buat PDRM untuk tampil dengan lebih baik bertemu pelawat yang ketika ini sukar untuk dikekang mana-mana kelab dalam Malaysia.

Sebelum itu, PDRM sudah pun mencatat kekalahan di tangan JDT dalam aksi Piala FA 2023 pusingan kedua, dengan keputusan penuh 0-3 hasil dua jaringan Bergson da Silva serta Leandro Velazquez.

Walaupun mencatat kemenangan, secara keseluruhan aksi yang ditampilkan JDT sedikit kurang memuaskan di bahagian hadapan dalam menghasilkan jaringan.

Ini kerana, pendekatan bertahan yang diamalkan oleh PDRM pada perlawanan tersebut jelas menyukarkan JDT untuk bergerak lebih bebas serta banyak melepaskan peluang-peluang terhidang.

Disebabkan itu, Solari yakin pasukan lawan pastinya sekali lagi akan menggunakan kaedah sama untuk berdepan JDT walaupun PDRM berkelebihan beraksi di laman sendiri.

Menerusi lebih ramai pemain yang berada di zon sendiri, PDRM berjaya mempraktikkan corak bertahan dengan penuh berdisiplin untuk menyerap asakan daripada barisan serangan JDT.

Maka, menjadi tugas berat buat Solari untuk mempersiapkan taktikal lebih ampuh pada perlawanan malam ini termasuk mengatasi taktikal tuan rumah yang gemar memperlahankan intensiti permainan.

“Ia mungkin berlaku seperti aksi Piala FA, tapi kami akan bersedia tampil lebih konsisten dan mengelak daripada terperangkap dengan helah permainan PDRM FC kerana ia saingan liga dan kami mahu mengekalkan momentum kemenangan.

“Pada aksi Piala FA, kami menurunkan ramai pemain muda yang kurang minit permainan dan tidak timbul masalah untuk kami menurunkan pemain yang sama kerana di JDT kami ada `depth squad’ malah 27 pemain dalam pasukan itu berkeupayaan bermain dalam kesebelasan utama.

“Jika ada peluang untuk pemain yang kurang minit permainan, sudah tentu saya akan menyenaraikan mereka beraksi dalam kesebelasan utama terutama pemain muda.

“Malah bagi aksi seterusnya menentang pasukan yang sama kemungkinan saya lakukan tapi bergantung kepada pendekatan taktikal,” katanya menerusi Harian Metro.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN