Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari pastinya menjadi individu yang sangat penting ketika ini untuk mempersiapkan segalanya bagi menghadapi aksi Liga Super seterusnya berdepan Penang.
Terdahulu, JDT berjaya mencatat kemenangan besar 5-0 untuk mengatasi Penang dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim(SSI) dengan begitu cemerlang sekali.
Working on every detail 💪
More photos at https://t.co/tPhjNcVodZ#JDT#WhatCanYouDo#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/l5F1ACQw6h
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 2, 2023
Malah, Solari langsung tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan ramai pemain yang berada di bangku simpanan sebelum ini untuk menjadi tonggak utama ketika berdepan Penang.
Untuk aksi seterusnya, dijangka kedua pasukan bakal membuat rombakan daripada segi taktikal serta senarai pemain yang akan beraksi dalam misi masing-masing untuk meraih kemenangan.
Menurut Solari, beliau enggan memandang mudah perlawanan ini dengan menyifatkan pasukan lawan pastinya membuat persediaan lebih rapi untuk menentang mereka di laman sendiri.
Bawah kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid, Penang tampil dengan corak permainan menyerang pantas dan hampir memanfaatkan beberapa peluang pada perlawanan lalu ketika menentang JDT.
“Ada beberapa perkara yang kami harus perbaiki sebelum menentang Penang dan ianya menjadi agenda utama pada sesi latihan kerana mereka pasti mahu tebus kekalahan pada aksi Piala FA.
“Kita kena berjaga-jaga kerana mungkin mereka akan tampil dengan corak permainan berbeza dan aksi menentang JDT baru-baru tampak mereka tidak mempamerkan aksi yang terbaik.
“Penang pasukan yang mampu melakukan serang balas dengan barisan pemain yang berkualiti seperti Soony (Saad) selain dua dan tiga pemain import yang mampu menggugat benteng JDT dan ‘set-piece’ pasukan itu juga berbahaya,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.
Come watch us in Penang tomorrow!#PENvJDT#LigaSuper2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/WXQvJx8t1j
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 2, 2023
Pada masa sama, Solari tetap optimis dengan pasukan dikendalikannya walaupun akan berdepan dengan cabaran sukar menentang Penang di gelanggang lawan.
Menerusi persiapan semasa dibuat, dijangka Solari bakal menggunakan kembali khidmat penyerang berbisa iaitu Bergson da Silva untuk berpasangan bersama Fernando Forestieri.
Manakala Syihan Hazmi juga pastinya akan kembali beraksi dalam kesebelasan utama selepas tugas beliau digalas oleh Farizal Marlias pada aksi lalu ketika menentang Penang di SSI.
Untuk Penang, dijangka tidak banyak perubahan pemain akan dibuat melainkan percaturan taktikal baharu bakal diterapkan oleh Manzoor untuk mengetepikan cabaran pihak lawan.