eSports Bola Sepak Malaysia: Aksi Bola Sepak Sebenar, 11 Lawan 11 Dalam Dunia Maya 

Bola Sepak

Mesti ramai antara kita yang pernah berangan-angan nak jadi pemain bola sepak professional kan? Tetapi banyak faktor yang mungkin  menjadi penghalang  untuk  kita  realisasikan impian  tersebut. Tahukah anda, bahawa kini kita semua berpeluang untuk jadi seorang pemain bola sepak sekali gus menyertai liga dan kejohanan besar dunia?

Tak perlu risau, kita tak perlu berlari  dan bermain di atas padang sebenar, kerana semua ini boleh dilakukan secara maya!

Bagaimana caranya? Terlebih dahulu kita haruslah mempunyai peranti atau konsol permainan seperti PlayStation, dan yang paling penting kita harus memiliki permainan video bolasepak yang paling popular di dunia, EA Sports FIFA. Majoriti kaum adam di duni ini, sentiasa atau pernah main game seperti FIF ini, tapi ramai yang tidak sedar bahawa dalam game FIFA ini, ada satu mod yang dipanggil  PRO  CLUBS. Menerusi mod Pro Clubs ini, anda boleh mencipta satu karakter pemain bola sepak, mengikut kemahuan anda.

Dari segi rupa paras, tinggi, berat, bentuk badan, corak larian, reka bentuk jersi, sehinggalah  kepada corak permainan yang kita mahukan. Mod Pro Clubs ini adalah mode khas untuk 11 lawan 11  pemain. Setiap pemain akan bermain di posisi  masing-masing, dan akan menentang 11 pemain lawan, sama seperti bola sepak sebenar.

Setiap pemain akan dibekalkan dengan 110 ‘skill points’ secara berperingkat, untuk diisi dalam ‘Traits Tree’ yang mempunyai pelbagai ‘attributes’ seperti  fizikal [Physical,  bertahan [Defending], menggelecek [Dribbling], hantaran [Passing], rembatan [Shooting], kelajuan [Pace] dan ‘Goalkeeping’. Mengikut posisi kegemaran anda, anda hanya boleh distribute skill points ini kepada traits yang anda rasa perlu dan sesuai dengan cara permainan sendiri.

Jika anda adalah seorang pemain pertahanan tengah, cara yang terbaik adalah menjadikan pemain yang kuat dan tinggi seperti Virgil van  Dijk, tapi terpaksa korbankan ‘Speed dan Acceleration’.  Jika anda pilih untuk menjadi seorang pemain tengah ala Kevin De Bruyne, mungkin hantaran adalah fokus utama, dan jika sekiranya ingin menjadi pemain serangan persis Cristiano Ronaldo, ‘Dribbling, Shooting serta Speed’ haruslah menjadi keutamaan anda.

Jika anda ingin bermain secara kompetitif dan professional, anda haruslah menyertai mana-mana kelab, atau menubuhkan kelab anda sendiri. Dengan syarat kelab anda mempunyai lebih daripada  11  pemain. Pro Clubs ini dimainkan di seluruh dunia secara kompetitif, dan banyak liga-liga atas talian yang dijalankan, sama seperti konsep liga bola sepak sebenar.

Bahkan, kejohanan besar seperti Piala Dunia, Piala Eropah, Piala Asia, Piala Asean turut dijalankan saban musim. Untuk mewakili negara,anda perlulah beraksi cemerlang dan konsisten dalam  saingan liga, dan pemilihan untuk mewakili negara akan dilakukan oleh badan pengurusan yang dilantik khas oleh liga setiap negara. Dan baru-baru ini, pasukan kebangsaan Malaysia telah menjuarai Piala Asia dan berjaya melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia tak lama lagi. Syabas Malaysia!

Di Malaysia, liga Pro Clubs ini telah dimainkan secara kompetitif sejak beberapa tahun yang lepas lagi. Ada beberapa liga yang biasanya disertai oleh kelab-kelab  tempatan,  pertama adalah VPG (Virtual Pro Gaming) League, yang berasal dari Amerika Syarikat, dan mempunyai francais liga hampir di seluruh pelusuk dunia. Kedua adalah eS-League, yang berasal daripada Jepun dan  mempunyai liga di setiap negara utama Asia.

Yang terakhir adalah liga tempatan yang dikelolakan oleh anak Malaysia, eMalaysian League. eMalaysian League (eML) ini mempunyai 4 divisyen,  dan  musim baharu untuk edisi FIFA21 akan  berlangsung pada  19  November. Kesemua  liga ini mempunyai format sama seperti liga sebenar,seperti peraturan dan pengiraan mata,  jendela perpindahan, bahkan setiap pasukan mempunyai pengurus dan corak permainan tersendiri!

Bagi anda yang ingin merasa kehangatan bermain bola sepak secara kompetitif dan berpeluang untuk  mengharumkan nama negara di persada dunia, bolehlah mula berjinak-jinak dengan arena Pro  Clubs ni. Tak perlu berlari dan berpenat lelah di tengah padang, cukup sekadar beraksi secara virtual dari rumah anda sendiri!

Kejohanan anjuran eML ini sudah memasuki musim kedua dan menampilkan liga 4 divisyen serta akan disertai oleh 30 pasukan di seluruh negara. Dalam perkembangan sama, Semuanya BOLA turut dipilih selaku rakan media dan penyiar rasmi bagi pertandingan.

Like dan follow laman Facebook rasmi eML untuk sebarang perkembangan terkini dan  jangan lupa tonton perlawanan-perlawanan menarik liga Pro Clubs yang bermula 19 November ini di laman Facebook rasmi eML dan Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN