E-Sports Malaysia Nyatakan Sokongan Kepada AmTuah & Pemenang Yang Teraniaya

Tempoh hari, kami ada siarkan berita mengenai wakil e-sukan negara iaitu Amirul ‘AmTuah’ Afandi yang berasa kecewa dengan pihak penganjur diatas penipuan yang mereka lakukan.

Pihak pengajur yang diketuai oleh Encik Taqiuddin dikatakan tidak membayar wang sebanyak RM 1 juta kepada para pemenang.

Encik Taqiuddin (dalam bulatan merah) merupakan individu yang bertanggungjwab dalam hal ini.

Oleh kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh AmTuah di laman sosial tempoh hari, pihak E-Sports Malaysia (ESM) telah memberikan respon mereka menerusi sebuah kenyataan.

Mereka jelas berada di belakang pemain dalam hal ini. Berikut adalah isi kenyataan tersebut:

“Kepada para pemenang AGES 2016 dan para rakan kongsi,”

“Pada 30 Disember 2016 yang lalu, pihak ESM telah mengadakan mesyuarat mengenai agihan wang kemenangan kepada 3 pihak ini – para pemenang, pihak penganjur Platinum Eden dan Friends Worldwide.”

“Hasil dari mesyuarat itu, pihak Platinum Eden yang diwakili oleh peguam iaitu Encik Asyraq telah menerima surat dari para pemenang yang mendesak agar pengasas Platinum Eden iaitu Encik Taqiuddin menyerahkan wang kemenangan kepada mereka.”

“Surat desakan yang diserahkan oleh para pemenanga kepada Encik Asyraq itu memerlukan Encik Taqiuddin untuk memberikan responnya dalam masa 5 hari bermula dari tarikh 30 Disember 2016.”

“Selepas mengadakan perjumpaan susulan dengan wakil pemenang, pihak ESM dimaklumkan yang Encik Taqiudin tidak memberikan sebarang respon mengenai desakan itu.”

“Para pemenang kemudiannya terus meminta respon daripada pihak Encik Taqiuddin dan Platinum Eden namun tiada respon yang diberikan oleh mereka.”

“Para pemenang nyata kecewa dan kesal dengan sikap tidak profesional yang ditunjukkan oleh Encik Taqiuddin dan Platinum Eden dalam urusan mengagihkan wang kemenangan kepada pemenang.”

“Dengan itu, pihak ESM ingin mengadakan satu lagi mesyuarat dengan semua pihak yang terlibat terutamanya para pemenang, Platinum Eden, Friends Advertising dan juga para rakan kongsi.”

“Kami akan menjemput pihak Platinum Eden ke mesyuarat yang akan diadakan mengikut masa dan hari yang paling sesuai untuk pihak Platinum Eden datang.”

“Pihak ESM akan menentukan lokasi pertemuan sebaik sahaja pihak Platinum Eden memberikan waktu bila hendak bersemuka.”

“Kami berharap pihak Platinum Eden akan memberikan respon diatas permintaan kami secepat mungkin.”

“ESM sentiasa berharap yang masalah ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak pemenang dan pihak Plantinum Eden.”

“ESM akan sentiasa memberikan sokongan kepada para pemain dalam apa saja tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang demi mendapatkan hak mereka yang telah dijanjikan.”

Kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segara supaya tiada lagi masalah melibat kedua-dua pihak.

Baca juga: AmTuah Kecewa Pihak Penganjur Diam Pasal Hadiah Kemenangan RM1 Juta

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN