Ervin Boban: Tiada Had Transaksi Pemain Peluang Terbaik Pemain JDT II Rebut Tempat

Boban

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Ervin Boban menyifatkan keputusan Malaysian Football League (MFL) menetapkan tiada had transaksi pemain tempatan dan asing di luar tempoh perpindahan antara Parent Club (pasukan utama) dan Reserve Team sebagai satu peluang terbaik kepada anak buahnya merebut kesebelasan utama.

Jelas Boban, JDT II sentiasa berusaha keras dalam menyediakan pemain-pemain terbaik sebelum diserap masuk ke dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk bersaing di pentas Liga Super.

Bagaimanapun, Boban mengingatkan semua pemain sedar bukan mudah untuk mereka mendapat peluang beraksi dalam pasukan utama di mana kerja keras perlu dilakukan bagi mendapat kepercayaan beraksi di saingan yang lebih tinggi.

Katanya, persaingan akan menjadi lebih kuat memandangkan sebelum ini hanya lima perpindahan dibenarkan melibatkan pemain import dan sudah semestinya jurulatih JDT, Benjamin Mora inginkan pemain yang benar-benar berkualiti untuk hadir membantu pasukan.

“Keutamaan sudah pastilah skuad JDT kerana mereka adalah pasukan utama yang perlu diberi perhatian dan Mora juga sentiasa ada sekiranya kami memerlukan apa-apa bantuan.

“Jika beliau inginkan mana-mana pemain daripada JDT II, tugas saya adalah memastikan pemain-pemain saya sememangnya layak dan mampu untuk bantu pasukan utama seperti JDT dan bukan sekadar suka-suka.

“Inilah peluang terbaik untuk pemain-pemain saya membuktikan keupayaan mereka beraksi lebih-lebih lagi selepas ini tiada lagi had transaksi pemain di mana sesiapa sahaja akan berpeluang beraksi di pentas Liga Super”, jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Boban menyifatkan final kedua Challenge Cup 2019 menentang UKM FC adalah final yang sebenar tanpa mahu barisan pemain berasa selesa dengan kemenangan 1-0 di final pertama, minggu lalu.

Paling penting adalah bagaimana beliau inginkan anak buahnya mengawal emosi dengan lebih bijak terutamanya pada saat-saat genting di minit-minit terakhir perlawanan.

“Sudah pasti aksi yang sengit akan ditampilkan daripada pasukan kami dan UKM FC sendiri kerana inilah yang akan menentukan pasukan mana layak mendapatkan trofi itu.

“Pemain kena anggap final kedua ini sebagai perlawanan yang baharu dan tidak boleh rasa mereka sudah selangkah untuk menang kerana UKM FC bila-bila masa boleh mengejar jaringan lebih banyak.

“Pastinya akan lebih banyak aksi aggresif daripada kedua-dua pasukan dan emosi pemain haruslah terkawal dalam padang kerana situasi yang tidak diingini mudah berlaku dalam perlawanan penting seperti ini,” katanya.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN