Ernesto Valverde memberikan gambaran jelas yang mereka akan menyerang berhabis-habisan dalam perlawanan kedua Piala Super Sepanyol di Santiago Bernabeu.
Sebelum ini, Barcelona tewas 1-3 di gelanggang sendiri dalam malam bola sepak untuk dilupakan oleh penyokong mereka.
Pique melakukan jaringan sendiri. Messi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan. Namun 2 gol dari Ronaldo dan Asensio membuatkan mereka ketinggalan 2 gol secara agregate untuk perlawanan kedua.
Dalam perlawanan awal pagi esok, Real Madrid akan beraksi tanpa penyerang berpengaruh mereka, Cristiano Ronaldo yang digantung 5 perlawanan kerana menolak pengadil.
Dalam sidang media sebelum perlawanan, pengurus baru Barcelona, Ernesto Valverde berkata:
“Kami harus berterusan mencipta peluang gol. Berada di belakang secara agregate itu penting untuk kami cuba menyerang.”
“Pada masa yang sama, kami harus berhati-hati dengan serangan balas Real Madrid. Mereka adalah pakar dalam serangan balas. Pasukan kami berada dalam keadaan tidak seimbang dalam perlawanan pertama.”
Valverde mengakui tugas mereka kali ini agak berat. Namun beliau optimis untuk melakukan kejutan di Bernabeu.
“Tiada apa yang mustahil. Kita boleh lihat beberapa keputusan kami sebelum ini. Ianya membuktikan sentiasa ada kemungkinan.”
“Kami harus menanam semangat untuk pergi ke sanan untuk menang perlawanan ini dan menjulang piala.”
“Kami harus bermain sebagai satu pasukan untuk menang di sana. Jika kami bermain dalam keadaan kucar-kacir, Real Madrid akan mengambil kesempatan ke atas kami.”
Valverde juga gembira dengan kejayaan mendapatkan Paulinho dan yakin pemain tersebut akan memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan beliau.
Beliau menggariskan kualiti Paulinho terbukti apabila pemain tersebut menjadi pemain penting di dalam skuad Brazil buat masa ini.
Valverde walaubagaimanapun mengesahkan Paulinho tidak akan terlibat di dalam perlawanan Piala Super Sepanyol ini.