Erling Haaland Tak Akan Bantu Kuatkan Manchester City

Legenda Liverpool, Jamie Carragher percaya yang pembelian Erling Haaland tak semestinya akan membantu menguatkan Manchester City pada musim baharu nanti.

Manchester City berjaya melengkapkan perpindahan mega Erling Haaland dari Borussia Dortmund pada musim panas ini selepas mereka mengaktifkan klausa perlepasan bernilai £51 juta dalam kontraknya.

Real Madrid dan Barcelona turut hangat dikaitkan dengan pemain kebangsaan Norway yang berjaya menjaringkan 85 gol dari 88 penampilan untuk Dortmund itu.

Walaupun Carragher memuji Haaland sebagai penandatanganan yang menakjubkan, namun beliau turut percaya yang kehadiran bintang Norway itu tak semestinya akan menguatkan Man City.

Menulis di ruangan beliau di The Telegraph, Carragher menyatakan yang pembelian Haaland (Manchester City) dan Darwin Nunez (Liverpool) tidak akan menjamin kedua-dua pasukan menjadi semakin kuat.

“Analisis mudah dia adalah menambah kekuatan di bahagian jentera serangan tak akan mengubah sepenuhnya satu pasukan dan tak akan menjadikan mereka semakin kuat. Sejarah memberitahu kita yang ia satu andaian yang sangat bahaya.”

Tulis legenda Liverpool itu.

“Tiga penjaring terbanyak sepanjang zaman England, Jimmy Greaves, Gary Lineker dan Alan Shearer, ketika kemuncak prestasi mereka, mereka menyertai pasukan yang baru menang piala.”

“Untuk kes Shearer, kelab yang dia sertai sudah hampir untuk menang piala dan kehadiran dia sekadar menambah kekuatan untuk mereka mencapai itu.”

“Greaves menyertai Tottenham Hotspur pada tahun 1961, enam bulan selepas mereka memenangi gelaran liga dan FA Cup. Dari kesemua kejayaan dia di White Hart Lane, dia tak pernah menang liga perdana Inggeris.”

“Lineker menyertai Everton pada musim panas 1985 selepas skuad kendalian Howard Kendall itu menjuarai saingan Championship. Dia jaringkan 40 gol tapi Liverpool memenangi gelaran berganda pada tahun 1986 sebelum penyerang England itu berpindah menyertai Barcelona.”

“Everton pada musim berikutnya berjaya menjuarai saingan liga tanpa kehadiran Lineker.”

“Tanya penyokong Newcastle musim Premier League yang mana paling mereka raikan, dan ia pada tahun 1995/96 ketika Les Ferdinand dan Peter Beardsley merupakan gandingan di bahagian depan.”

“Shearer menyertai mereka pada musim panas berikutnya dan dia dijangka akan mengubah skuad kendalian Kevin Keegan itu menjadi juara.”

“Mereka gagal untuk menang walaupun Shearer berjaya memenangi kasut emas pada musim pertamanya di St James Park.”

Walau bagaimanapun, Carragher tetap teruja dengan kehadiran Haaland dan percaya kehadiran bintang Norway itu akan membantu meningkatkan cabaran dalam saingan Premier League.

Namun begitu, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang menganggap Haaland akan membantu memperkuat skuad Man City pada musim baharu nanti.

Carragher percaya Man City sudah sememangnya kuat walau tanpa kehadiran Erling Haaland.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN