Penyerang muda yang cukup berpotensi, Erling Haaland kini menjadi rebutan dua kelab Manchester.
Manchester United dan Manchester City melihat pemain tersebut sebagai jalan penyelesaian kepada isu penyerang dalam kedua-dua pasukan.
Bagi United, Haaland mampu menyelesaikan masalah yang berlaku di bahagian serangan akibat tiadanya penyerang prolifik yang mampu menjaringkan gol saban minggu.
Pada hemat City pula, pembelian Haaland dilihat sebagai pengganti jangka panjang kelab itu kepada penyerang veteran iaitu Sergio Aguero yang tidak lama lagi bakal meninggalkan kelab.
Persaingan dua kelab Manchester ini bagaimana pun telah membuatkan kelab La Liga, Real Madrid dalam keadaan berjaga-jaga.
Mengetahui yang mereka bakal berdepan dengan dua kelab Inggeris yang mempunyai kekuatan kewangan yang hebat, adalah perlu untuk Real Madrid memecahkan tabung untuk membawa pemain Borussia Dortmund.
Melepaskan Haaland pastinya tidak mudah buat Dortmund, mereka dikhabarkan mahu sekurang-kurangnya €75 juta sebagai permulaan untuk melepaskan pemain itu menurut Football Espana.
Akan tetapi, Madrid ada pilihan lain sebelum Haaland kerana kelab itu dikhabarkan mahu mendapatkan Kylian Mbappe dahulu sebelum penyerang Norway.
Baca juga artikel kami mengenai Erling Haaland:
Dari Erling Haaland Ke Lionel Messi, Ini Senarai 100 Pemain Terbaik Dalam FIFA21