Pemain Borussia Dortmund, Erling Haaland menyifatkan perpindahan beliau ke kelab tersebut dari RB Salzburg jelas sekali meningkatkan dirinya sebagai seorang pemain.
Bintang muda yang dianggap bakal menjadi pemain terbaik dunia dalam masa akan datang ini berkata amalan diet di Dortmund membantunya untuk menjadi penyerang yang ampuh.
Bercakap kepada media Norway, Haaland mengatakan yang dirinya kini sudah memperoleh peningkatan berat badan sejak menyertai Dortmund.
“Saya mempunyai berat 86 kilogram sewaktu tiba di Dortmund, kini saya sudah mencecah 94 kilogram. Saya tidak pandai mengira, tetapi bila dilihat balik saya sudah naik lapan kilogram sejak setahun setengah saya di sini.”
“Jika anda lihat pada seluruh tubuh saya, anda boleh nampak yang saya kini sudah mempunyai perubahan mendadak. Saya sudah berubah sepenuhnya dan kini menjadi lebih ‘jantan’,” ujar Haaland.
Peningkatan tersebut jelas sekali diterjemah dengan baik oleh Halaand ketika berada di atas padang.
Dan ianya sungguh ketara kerana walaupun beliau kini mengalami kenaikan berat badan, tetapi lariannya semakin deras!
“Tambahan pula, saya kini semakin pantas. Itu adalah perkara yang amat penting.”
“Saya sudah naik berat badan sebanyak lapan kilogram dan menjadi lebih pantas dan itu adalah amat penting dan bagus.”
Haaland cukup cemerlang musim ini di Bundesliga dengan menjaringkan 27 gol sambil merakamkan 41 jaringan dalam kesemua kejohanan.
Baca juga artikel kami mengenai Erling Haaland:
Sambung Kontrak Cavani, Isyarat Manchester United Takkan Beli Kane Atau Haaland?
Ini Pendedahan Mino Raiola Mengenai Situasi Semasa Paul Pogba, Erling Haaland
Beli Kane Atau Haaland, Manchester United Akan Kembali Digeruni Di Eropah