Quantcast

BERITA

Eriksen Sedia Kembali Sertai Latihan, Spurs Masih Gagal Cari Pembeli Beliau

Christian Eriksen besedia untuk kembali menyertai latihan pra musim Spurs pada kali ini walaupun beliau sudah menyatakan hasrat untuk mencari cabaran baharu di tempat lain.

Eriksen menyatakan begitu selepas tamat musim 2018/19. Sekaligus memberikan isyarat bahawa beliau tidak akan menlanjutkan kontrak beliau dengan Tottenham Hotspur.

Situasinya sekarang, Spurs masih belum dapat pembeli untuk pemain itu. Sebelum ini Real Madrid dan Juventus dikaitkan dengan Eriksen. Namun Juventus masih dalam proses untuk membawa De Ligt.

Seterusnya Juventus juga dikatakan berminat untuk membawa pulang Paul Pogba ke kelab itu.

Sementara itu, Real Madrid yang awalnya dianggap akan menjadi destinasi seterusnya Eriksen – kini dilihat meredakan minat mereka ke atas pemain itu.

Zinedine Zidane antara jurulatih yang meminati gaya permainan Eriksen. Seperti Juventus juga, Real Madrid dilaporkan sedang memantau situasi Paul Pogba.

Kesannya, akibat dikaitkan dengan 2 gergasi tersebut, pasukan-pasukan lain dilihat tidak mahu membuang masa untuk membida Eriksen.

Buat masa ini Spurs masih belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan untuk Eriksen.

Spurs akan memulakan latihan pra musim pada minggu ini. Para pemain sudah mula melapor diri pada Isnin secara berperingkat.

Spurs sudah membeli pemain box-to-box Tanguy Ndombele dengan rekod perpindahan kelab sebanyak £55 juta. Spurs juga sudah mengesahkan pembelian Jack Clarke dengan harga £10 juta.

Spurs juga sedang memantau pemain tengah ofensif untuk menggantikan Eriksen. Antaranya Giovani Lo Celso.

Tottenham dilaporkan sudah meletakkan Eriksen dalam senarai untuk dijual bagi mengimbangi akaun mereka. Jika Spurs gagal untuk menjual Eriksen pada kali ini, mereka berpotensi tidak mendapat apa-apa daripada penjualan Eriksen.

Ini kerana Eriksen akan menjadi ejen bebas dalam masa 6 bulan lagi.

Spurs masih lagi mengetatkan polisi pembelian pemain mereka. Mereka dalam proses untuk memujuk Fernando Llorente untuk menandatangani semula kontrak dengan mereka.

Llorente menjadi ejen bebas pada 1 Julai yang lalu. Spurs sebelum ini membayar £100,000 seminggu kepada Llorente. Kita boleh menjangkakan angka itu lebih tinggi jika ‘re-signing’.