Pochettino Akui Masa Depan Eriksen Di Tottenham Hotspur Tidak Menentu

Adakah masa depan akan memihak Tottenham Hotspur?

Kem pasukan dari utara London itu sedang mengalami dilema selepas mereka masih lagi terpalit dengan isu melibat bintang mereka – Christian Eriksen.

Pengurus pasukan, Mauricio Pochettino mengatakan beliau sendiri tidak mengetahui sama ada pemain dari Denmark itu akan kekal dengan mereka atau tidak.

“Saya tidak tahu, saya tidak tahu. Kenapa tanya? Awak tahu sesuatu ke?”

“Situasi ini cukup sukar, kita tak boleh salahkan mana-mana pihak dalam hal ini.”

Eriksen yang kini sedang menuju ke tahun terakhir dalam kontrak beliau sering dikaitkan dengan perpindahan keluar terutamanya menyertai Real Madrid.

Tottenham Hotspur tewas 1-0 kepada Newcastle United dalam aksi terbaru mereka dalam saingan liga.

Keputusan itu telah menimbulkan tanda tanya, adakah isu melibatkan Erisken ini menjadi sebab penurunan prestasi pasukan?

Tetapi Pochettino menafikan perkara itu.

“Pada saya, apabila berada di atas padang, kita tak fikirkan mengenai perkara yang berlaku di luar.”

“Benar isu ini terjadi sewaktu minggu. Ianya bukan berlaku sewaktu pertandingan hendak bermula, jika berlaku pada waktu itu memang jelas akan menggangu pasukan.”

Tottenham Hotspur akan menentang Arsenal dalam aksi Premier League seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN