Eriksen Harap Boleh Tentukan Masa Depan Sendiri Seperti Di Permainan Football Manager

Christian Eriksen mengakui beliau mahukan masa depan dirinya diselesaikan semudah bermain permainan simulasi ‘Football Manager’.

Eriksen kini berada pada tahun akhir kontrak di Tottenham Hotspur, dan bebas menyertai mana-mana kelab secara percuma pada musim panas akan datang.

Pemain antarabangsa Denmark ini dikaitkan dengan Manchester United dan juga Real Madrid pada jendela perpindahan sebelum ini.

Pada Jun lalu, pemain ini turut berkata mahukan cabaran baharu – kini telah tampil untuk Spurs dalam dua perlawanan di kesebelasan utama, dan dua perlawanan lagi sebagai pemain gantian.

“Saya berharap boleh menentukan [masa depan] seperti di Football Maneger, malangnya saya tidak boleh berbuat demikian,” ujar beliau kepada wartawan.

Eriksen dipetik sebagai berkata demikian di pusat latihan pasukan kebangsaan Denmark di selatan Sepanyol. Denmark akan akan berhadapan Gibraltar pada Khamis dan Georgia pada Ahad akan datang dalam perlawanan pusingan kelayakan Euro 2020.

Masa depan Eriksen kekal misteri sepanjang jendela perpindahan sehingga ianya ditutup pada Isnin lalu.

Namund demikian, beliau nekad untuk memberikan sepenuh perhatian kepada tugasan bersama negaranya.

“Pada saya, ianya bukan sukar untuk tidak memikirkkannya [masa depan].

“Saya tidak gemar membaca apa yang ditulis [di akhbar]. Saya telah beraksi bersama [Spurs] selama beberapa tahun, dan khabar angin sentiasa ada setiap tahun.

Eriksen menyertai Spurs dari Ajax pada 2013, dan telah tampil dalam 210 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kelab London tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN