Erik ten Hag Tebus Baki Kontrak Enam Minggu Bersama Ajax Untuk Segera Sertai Manchester United

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

​Erik ten Hag dilaporkan telah menebus baki kontrak selama enam minggu bersama Ajax untuk membenarkan beliau menyertai Manchester United lebih awal – pada Isnin (hari ini).

Ten Hag kini segar daripada kejayaan membantu Ajax merangkul kejuaraan Eredivisie, dan mengendalikan pasukan buat kali terakhir pada Ahad.

Selepas itu pengurus 52 tahun itu terus mahu memulakan kerjanya di Old Trafford lebih awal, selepas mengesahkan tidak akan menyertai skuad Ajax berkunjung ke Pulau Curacao.

Malah pengurus kelahiran Haaksbergen itu menegaskan dirinya perlu memberikan fokus kepada Manchester United sebelum bermulanya musim 2022/23.

“Esok akan diadakan sebuah parti bersama semua anggota Ajax, tetapi saya tidak akan ke Curacao [sebuah kepulauan di bawah wilayah Belanda,” kata Ten Hag.

“Saya berpendapat situasi ini boleh difahami. Ada banyak kerja bakal menanti di sana [Manchester United]. Ia sememangnya begitu di setiap kelab.

“Ada beberapa perkara perlu diatur di kalangan kakitangan dan juga pemilihan. Kami akan bekerja secara intensif mengenai perkara ini bermula esok.”

Ten Hag juga ditanya sama ada beliau bersedia dengan ‘perangai seperti jerung’ media Inggeris yang sering mensasarkan dan memberikan tekanan kepada pengurus.

“Saya tidak melihat mereka sebegitu, saya tidak melihat anda sebegitu,” jawab Ten Hag.

“Apa yang penting adalah perkara di dalam bilik persalinan. Anda harus tahu bagaimana untuk mengendalikan bilik persalinan. Ia harus berfungsi. Begitu cara untuk memenangi perlawanan.”

Manchester United akan menamatkan saingan musim ini menentang Crystal Palace pada Ahad.

Dan Ten Hang berkemungkinan akan hadir ke Selhurst Park untuk menyaksikan perlawanan tersebut dari tempat duduk penonton.

Ten Hag dilaporkan sudah mengenalpasti barisan pemain yang beliau mahu kekalkan untuk saingan pada musim hadapan.

Beliau juga telah mengenalpasti beberapa pemain baharu untuk direkrut untuk memulakan cabaran baharu bersama Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN