Pengendali Manchester United, Erik ten Hag telah mengambil keputusan berat dengan memecat pemain pertahanannya iaitu Harry Maguire sebagai ketua pasukan kelab itu.
Keputusan itu dibuat selepas Ten Hag berasakan United memerlukan wajah baharu sebagai pemimpin kelab tersebut di bilik persalinan dan padang. Oleh itu, Maguire dilucutkan jawatan tersebut dengan harapan Ten Hag akan berikan peluang kepada pemain lain.
Di laman media sosialnya, Maguire menzahirkan rasa kecewa dalam dirinya apabila tidak berjaya mengekalkan jawatannya sebagai ketua pasukan.
Namun, jauh di sudut hatinya, Maguire faham perubahan perlu dilakukan untuk melihat kejayaan pasukan.
“Selepas berbincang dengan pengurus dan pada hari ini beliau mengatakan ingin menukar ketua pasukan. Beliau memberitahu sebabnya kepada saya dan saya amat kecewa dengannya. Sungguhpun begitu, saya akan tetap berikan segalanya setiap kali saya menyarung jersi ini.
“Sejak saya mengambil tugas ini tiga tahun setengah yang lalu, ianya adalah satu penghormatan untuk memimpin Manchester United dan ianya adalah salah satu daripada detik penuh membanggakan dalam karier saya.
After discussions with the manager today he has informed me he is changing captain. He outlined his reasons to me and whilst I’m personally extremely disappointed, I will continue to give my all every time I wear the shirt.
So I wanted to say a massive thank you to the… pic.twitter.com/TAOS0eisF1
— Harry Maguire (@HarryMaguire93) July 16, 2023
“Ia adalah salah satu daripada penghormatan terhebat dalam bola sepak kelab. Saya telah bantu semampu saya untuk menjadikan United berjaya di luar dan dalam padang.
“Jutaan terima kasih kepada penyokong Manchester United diatas sokongan yang hebat sepanjang saya menyarung lilitan lengan ketua pasukan ini,” kata Maguire.
Dengan ini, Ten Hag mungkin akan memilih utama lain sebagai ketua pasukan. Jika diikutkan, Bruno Fernandes adalah calon kuat untuk menggantikan Maguire.