Erik Ten Hag Dedah Punca Mengapa Manchester United Gagal Tewaskan Galatasaray

Erik ten Hag tampil mendedahkan tentang punca mengapa skuadnya gagal untuk mengutip tiga mata penuh bertemu Galatasaray dalam aksi saingan Champions League.

Skuad The Red Devils itu pada awalnya dilihat sangat berpotensi untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Man United terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0 selepas Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandes meledak gol pada aksi babak pertama permainan.

Galatasaray walau bagaimanapun berjaya mengurangkan defisit gol selepas Hakim Ziyech meledak gol pertama pasukan tuan rumah menerusi sepakan percuma.

Scott McTominay kemudiannya menambah gol ketiga untuk Man United seterusnya mendahului pasukan tuan rumah dengan keputusan 3-1.

Walau sepatutnya sudah selesa mendahului dengan kelebihan dua gol, Man United gagal untuk mengekalkan kedudukan dengan pasukan tuan rumah cemerlang memperoleh dua gol untuk mengikat kedudukan 3-3.

Andre Onana sekali lagi melakukan kesilapan dengan membenarkan Ziyech meledak gol kedua Galatasaray menerusi sepakan percuma.

Kerem Akturkoglu kemudiannya meledak gol ketiga untuk Galatasaray seterusnya mengikat kedudukan menjadi 3-3.

Keputusan itu menyebabkan Manchester United terpaksa menang ketika aksi bertemu Bayern Munich nanti, dalam usaha mereka mahu layak ke peringkat kalah mati saingan Champions League musim ini.

Selain wajib menang, mereka turut perlu berharap agar aksi pertemuan antara Galatasaray bertemu Copenhagen berkesudahan dengan keputusan seri.

Bercakap kepada TNT Sports selepas tamat perlawanan tersebut, Ten Hag menjelaskan tentang mengapa skuadnya gagal mengutip tiga mata penuh dengan menyatakan:

“Kami sudah menang dan kemudian kami kalah. Kami sepatutnya bawa pulang tiga mata, itu jelas. Kita lakukan ini dalam perlawanan lain.”

“Saya berbangga dengan bagaimana kami bermain, tapi pada masa sama, saya perlu beri kritikan kepada skuad kerana mereka bertahan dengan tidak begitu bagus.”

“Kita sudah mendahului 3-1 dan kita tak patut lakukan kesilapan kerana ia bakal membawa perubahan.”

“Setiap gol itu ada kisahnya tersendiri. Sama ada ia melibatkan detik transisi dan kita tak halang dari tengah atau gol kedua itu dari sepakan percuma dan gol ketiga kita dah teratur tetapi agak overload. Itu tak patut berlaku. Kita perlu belajar dari situ.”

“Saya sangat berbangga kerana kamu nampak cara skuad ini yang mana ia pro-aktif, dinamik dan berani. Saya bangga dengan persembahan mereka kerana kita banyak cipta peluang, tapi pada masa sama kita perlu menang perlawanan ini.”

Ketika ditanya siapa yang patut dipersalahkan atas keputusan seri itu walau sudah mendahului 3-1, Ten Hag menjawab:

“Ia sentiasa saya. Saya bertanggungjawab untuk ini. Kita tahu kita dalam proses. Kita sedang menambah baik, jadi itu sangat maklum.”

“Kami sedang berjalan ke arah yang betul jadi saya tahu kami akan berjaya dengan projek jangka panjang ini, tapi, jika kamu mahu kekal dalam saingan Champions League, kamu perlu menang perlawanan ini.”

Jika Ten Hag memilih untuk menyalahkan diri sendiri sebagai punca Man United gagal mengutip tiga mata penuh, ketua pasukan mereka sementara itu tampil meluahkan kekecewaannya terhadap rakan sepasukannya.

Bruno Fernandes dengan terbuka menyatakan beliau tidak gembira melihat persembahan rakan sepasukannya dan menganggap mereka punca Man United gagal mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini.

Kenyataan Bruno Fernandes itu tidak disenangi oleh legenda kelab, Paul Scholes yang merasakan bintang Portugal itu patut menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

Namun begitu, sepertinya kini bukan masa untuk mencari siapa yang salah, sebaliknya semua pihak harus bersatu dan cari jalan untuk lakukan perubahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN