Erico: “Selagi-Lagi Mereka Tak Bayar Wang Saya, Selagi Itu Bola Sepak Nigeria Sial”

Negara Afrika memang terkenal dengan ilmu hitam. Terbaru, bekas pembantu pengurus Nigeria, Joe Erico percaya, Persatuan Bola Sepak Nigeria sengaja cari pasal dengan beliau.

Menurut Erico, segala episod ‘suwer’ dalam bola sepak Nigeria bermula pada 2002.

Cara FA Nigeria melayan staf kejurulatihan adalah sangat teruk.

Ketika itu, Erico sebahagian daripada kejurulatihan pasukan bersama-sama dengan Shaibu Amodu dan Stephen Keshi telah dipecat tanpa dibayar pampasan dan sejumlah tunggakan gaji.

Erico percaya yang bola sepak Nigeria sudah terkena sumpahan beliau. Ianya digelar sumpahan Erico/ Erico’s curse.

Daripada 3 staf jurulatih ketika itu, hanya Erico masih hidup. 2 lagi iaitu, Keshi dan Amodu telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari antara mereka pada 2016. Seorang meninggal pada 7 Jun dan seorang lagi pada 10 Jun.

FA Nigeria berhutang jumlah wang yang sama banyak dengan kedua-dua mendiang. Erico sangat marah dengan FA Nigeria kerana masih tak melangsaikan hutang dengan mereka.

Sehingga ke hari ini, FA Nigeria terus dibelenggu masalah hutang gaji pemain dan jurulatih.

Christian Chukwu, Eucharia Uche, John Obuh, Austin Eguavoen, Florence Omagbemi, Samson Siasia dan Sunday Oliseh antara mangsa yang pernah membuat kenyataan terbuka akan hal itu.

Erico merupakan salah seorang staf kejurulatihan yang membantu Nigeria ke Sukan Olimpuk 2002, Piala Dunia 2002.

Beliau antara jurulatih yang dipecat tanpa dibayar pampasan. Beliau berkata:

“Saya sudah menyumpah FA Nigeria pada 2002.”

“Mereka melayan kami semua teruk sekali, termasuk Amodu, Keshi dan saya sendiri.”

“Perkara yang mereka paling gagal untuk uruskan adalah kebenaran. Jika anda bercakap benar, anda akan terus disenarai hitam.”

“Apa sebenarnya berlaku adalah, saya sangat marah ketika itu. Saya memang seorang yang panas baran.”

“Dan saya pulang ke rumah, berbogel dan memulakan upacara sumpahan ke atas bola sepak Nigeria.”

Ditanya berapa jumlah wang yang FA Nigeria berhutang dengan mereka, Erico tidak menyatakan angka tepat.

Namun ianya cukup untuk membuatkan mereka sakit jantung kalau mengenangkannya.

“Saya tak boleh tipu kamu pasa hal ini, saya dah ingatkan Amodu untuk tidak terlalu memikirkan pasal hutang ini kerana ianya akan membuatkan kamu sakit jantung dan boleh membunuh kamu.”

Mendiang Amodu dan Stephen Keshi meninggal dunia kerana serangan jantung.

Dan Erico seolah-olah mengaitkan serangan jantung itu kerana memikirkan soal hutang itu. Kenyataan ini pastinya agak kontroversi.

Erico kemudiannya memberitahu, ada cara untuk FA Nigeria mengakhir segala sial dan badi dalam bola sepak negara itu.

“Dan hari ini saya nak beritahu yang sumpahan ini boleh diakhiri.

“Ada caranya.”

“Dengan syarat, mereka bayar balik wang saya dan segalanya akan berakhir.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN