Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir mahu pengelola Liga Indonesia Bersatu (LIB) mengambil sikap tanggungjawab atas rusuhan yang telah berlaku.
Terdahulu, saingan bola sepak di Indonesia sekali lagi tampil dengan rusuhan secara besar-besaran dalam kalangan penyokong setelah aksi membabitkan Persib Bandung dan Persita Jakarta di Stadium Jalak Harupat tamat.
Seperti diketahui, pertemuan kedua pasukan tersebut sering dianggap panas dengan pelbagai isu sudah pun berlaku sejak musim-musim lalu.
Seperti dijangka, keganasan sekali lagi berlaku dalam kalangan kedua penyokong tersebut selepas aksi tamat dengan mereka memasuki padang secara beramai-ramai untuk membuat kekecohan.
Beraksi di laman sendiri, penyokong tuan rumah dianggap semakin melampau bersama rusuhan besar dilakukan mereka walaupun pasukan itu meraih kemenangan 2-0 mengatasi Persita Jakarta.
Disebabkan itu Erick tampil dengan sangat kecewa yang melihat keadaan tersebut, tatkala beliau berusaha sehabis baik untuk menaikkan mutu bola sepak Sang Garuda di pentas antarabangsa.
Ricuh!
Suporter masuk lapangan usai laga Persib Bandung 2 vs 0 Persija Jakarta (23/9)📍Bandung #Persibday
⚠️Disclaimer
Kericuhan dipicu olh sekelompok Bobotoh yg menuntut kejelasan manajemen atas dugaan pelecehan olh Steward pas kejuaraan Asia kemarin pic.twitter.com/BshQH9FpCX— Miss Tweet | (@Heraloebss) September 23, 2024
“Perkara ini perlu diambil tanggungjawab oleh LIB serta penilaian penuh wajar dilakukan mereka dengan mengambil kira para penyokong, pengurusan serta lain-lain,” kata Erick menerusi laporan dikeluarkan oleh Bola.com.
Jelas Erick lagi, beliau turut kecewa kerana mereka juga sedang bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan liga tempatan berjalan dengan lancar tanpa masalah.
Lebih mengecewakan, rusuhan itu berlaku tatkala perlawanan sudah pun tamat selepas ianya bermula dengan sangat baik tanpa sebarang isu.
“Tatkala kami semua berusaha untuk memastikan perjalanan liga berjalan dengan sangat lancar, saya sangat kesal dengan kekecohan yang dibuat oleh para penyokong.
“Apatah lagi ia bukan terjadi saat saingan sedang berlangsung kerana laporan saya peroleh aksi berjalan dengan baik. Tetapi apa dilakukan selepas ianya tamat,” luah Erick.
Ketika ini, individu yang berjasa besar buat bola sepak Sang Garuda itu masih menanti laporan penuh bakal diberikan oleh pengelola liga mengenai kejadian rusuhan tersebut.
Erick juga mengakui sudah pun melihat beberapa klip video rusuhan tersebut menerusi media sosial dan meluahkan rasa hairan mengapa begitu ramai penyokong boleh masuk ke tengah padang.