Eric Cantona sentiasa dikenang sebagai legenda bagi peminat Manchester United.
Persaraan awal beliau pada usia 30 tahun memberi kesan mendalam kepada dunia bola sepak.
Salah seorang individu yang terkesan adalah bekas pengurus, Sir Alex Ferguson.
Ferguson jelas terasa kehilangan Cantona selepas pemain itu bersara dan beliau menulis satu surat khas untuk pemain tersebut.
Suratnya agak panjang, jadi penulis sediakan terjemahan ringkas bagi surat yang ditulis pada 18 Ogos 1997 ini untuk anda:
“Ke hadapan Eric, beberapa bulan telah berlalu sejak kali terakhir kita berbual dan saya rasa saya patut tulis surat ini menandakan rasa hormat yang saya ada pada anda.”
“Apabila kami memulakan semula latihan, saya terus menantikan anda untuk muncul seperti biasa tapi itu cumalah bayangan dan bukannya realiti kerana apabila kita bertemu di Mottram, masa anda bersama Manchester United telah tamat.”
“Walaupun begitu, saya tetap berpendapat anda sepatutnya mengambil nasihat saya dan ayah anda untuk bercuti dahulu sebelum melakukan keputusan penting seperti ini.”
“Satu perkara, saya mahu anda kekal aktif dan cergas. Saya selalu ingat apabila saya bersara pada usia 32 tahun dan memasuki alam pengurusan, apa yang saya fikir hanyalah mengenai menguruskan latihan dan pemain dan saya lupa akan kecergasan.”
“6 tahun kemudian apabila saya kembali berlatih untuk dapatkan kecergasan saya barulah saya sedar ianya cukup menyeksakan. Jadi pastikan anda kekal cergas.”
“Saya pasti anda memerhatikan keputusan kami dari jauh. Kami melakukannya dengan baik dan kami membeli Teddy Sheringham untuk menggantikan anda tetapi ketika ini beliau mempunyai kesusahan untuk mencari ruang seperti mana ketika beliau beraksi untuk Tottenham Hotspur.”
“Beliau kerap turun ke bawah jadi kami terpaksa mengubahnya. Kadang kala, pemain tidak sedar kesukaran untuk bermain pada tahap kita kerana pihak lawan menanggap perlawanan menentang Manchester United adalah seperti perlawanan akhir, jadi kami berharap beliau boleh melakukannya.”
“Pra-musim kami juga tidaklah begitu terus. Jelajah Timur Tengah melebihi jangkaan kami dan perlawanan menentang Internazionale amat baik.”
“Aksi FA Community Shield tidaklah begitu baik tetapi kami pasukan yang lebih baik berbanding Chelsea dan berhak untuk menang – walaupun menerusi penentuan sepakan penalti.”
“Saya masih berasakan sewaktu kita berbincang pada akhir musim yang kita perlukan penyerang kelas tinggi tetapi ianya sentiasa menjadi masalah kerana kewangan kelab sering menghalang kita mendapatkan pemain sebegitu kerana struktur gaji pemain.”
“Apabila kita berada di atas, kita perlu dapatkan yang terbaik untuk halang orang lain mendekati kita. Jika saya lebih muda, saya melihat perkara ini dengan cara yang berbeza.”
“Tapi secara peribadinya, saya tak akan menang kejuaraan Eropah. Bagaimana pun, saya teruskan juga dan tidak akan jadikan halangan mental ini penghalang kerana saya punya rasa percaya kepada para pemain saya dan berharap ianya akan berterusan.”
“Saya berharap saya akan menjumpai Cantona muda. Ianya adalah impian!”
“Sebagai penutup kepada surat ini, saya berharap kita akan dapat berbual, minum dan makan bersama kelak. Saya tahu pihak kelab ada menghantar surat kepada anda mengenai majlis makan malam akan datang dan saya harap anda akan hadir.”
“Tapi itu bukanlah perkara paling penting, bagi saya adalah untuk ingatkan yang betapa bagusnya anda sebagai pemain Manchester United dan bersyukurnya saya terhadap perkhidmatan yang anda berikan kepada saya. Saya tak akan lupa dan berharap anda juga tak akan lupa.”
“Anda sentiasa dialukan di sini dan juga anda hadir secara mengejut untuk minum, tiada peminat, cuma sekadar perbualan sebagai seorang kawan, ianya cukup bermakna buat saya berbanding segalanya.”
“Eric, anda tahu di mana saya jika anda perlukan saya dan sekarang anda bukan lagi salah seorang pemain saya, saya harap anda tahu anda mempunyai seorang kawan.”
“Semoga berjaya dan semoga Tuhan merahmati.”
“Yang benar,
Alex Ferguson.”