Era Tiba Di Penghujung, Zlatan Ibrahimovic Akan Bersara

Zlatan Ibrahimovic

Persaraan perlukan Zlatan. Itulah yang bakal terjadi pada akhirnya musim ini apabila penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic dijangka akan meninggalkan bola sepak profesional.

Hal ini kerana, pemain AC Milan itu dijangka akan meninggalkan kelab itu dengan menamatkan kariernya pada akhir musim ini.

Ibrahimovic yang kini sedang menerima rawatan untuk kecederaan lututnya dijangka bakal menamatkan kariernya selepas apa yang dilaluinya membataskan minit permainannya dan pengaruh di dalam padang.

Beliau dijangka akan kembali beraksi pada 2023 ini namun pengaruhnya di atas padang dijangka akan menjadi lebih sedikit berbanding sebelum ini apabila hanya akan diturunkan sebagai pemain gantian.

Ibrahimovic dijangka akan kembali pada Februari ini ketika saingan UEFA Champions League (UCL) akan bersambung dengan Milan akan bertemu Tottenham Hotspur.

Jadi ke manakah Ibrahimovic jika bersara pada akhir musim ini? Balik terus ke Sweden?

Jawapannya tidak, menurut Sempre Milan, Ibrahimovic dikatakan bakal menerima jawatan sebagai duta kelab selepas masa bermainnya bersama Milan sudah berakhir.

Keputusan itu dibuat selepas Milan masih mahukan Ibrahimovic terus kekal bersama-sama kelab walaupun bukanlah sebagai seorang pemain lagi.

Akan tetapi, keputusan ini masih lagi belum rasmi untuk diputuskan oleh Ibrahimovic sama ada mahu bersara atau tidak. Hal ini kerana, keteguhan beliau sebagai pemain pastinya akan cuba untuk terus memberikan kudratnya buat Milan di atas padang.

Andai ianya benar terjadi, ianya adalah satu penamat buat sebuah karier yang gemilang untuk penyerang sasa dari Sweden ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN